BUILDING WEALTH

"The very first step to building wealth is to spend less than you make" Brian Koslow, author of 365 Ways to Become a Millionaire (Without Being Born One)

COMPOUND INTEREST

"Compound Interest is the eighth wonder of the world. He who understand it, earns it ... he who doesn't ... pay it."~ Albert Einstein, physicist who developed the theories of relativity.

GOAL SETTING

"An Investor without investment objectives is like a traveler without a destination" ~ Ralph Seger , founder of Seger-Elvekrog.

INVEST REGULARLY

"I don't think investment is that hard. It's doing the simple things on a regular basis" ~ Paul Clitheroe, Australian money and investment columnist.

FOCUS ON LONG-TERM

"Your ultimate success or failure in investing will depend on your ability to ignore the worries of the world long enough to allow your in investments to succeed" ~ Peter Lynch, former Fidelity Magellan fund manager and investment author.

Sunday, June 2, 2013

5 Mitos Pelaburan Saham

  1. Pasaran saham ialah kasino! 
    Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah
  2. Hanya untuk orang kaya 
    Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.
  3. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”
    Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).
  4. Mustahil melabur tanpa “maklumat panas” 
    Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.
  5. Beli saham harga murah ketika pasaran bulis 
    Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai. Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.
Sumber from outside...i just copied...

Wednesday, May 22, 2013

Dana apa pilihan anda...?


Dana mana pilihan anda untuk melabur kurang dari 5 tahun


Apakah pilihan dana yang anda ingin melabur untuk 5 tahun


Dana untuk 10 tahun...

"Prestasi lampau tidak boleh dijadikan sebagai sandaran untuk keuntungan seterusnya"



Dividen dan Pecahan Unit

Kenapa saya katakan dividen unit amanah tidak memberi makna...


Sesetengah mungkin terkejut atau tidak percaya bahawa dividen unit amanah sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah tambahan kepada pelabur. Apabila dividen dibayar kepada pelabur, wang diambil daripada NAB dana dan NAV dana akan berkurangan dengan jumlah yang sama dengan agihan pendapatan yang dikeluarkan.

Contohnya :-

Pelabur ada 10K dan sebelum Dividen disitiharkan harga /NAB seunit0.35 seunit. Maka nilai pelaburan adalah :-

10,000 x 0.35 seunit = RM 3,500

Kemudian diistiharkan Dividen sebanyak 3 sen seunit...Apakah yang terjadi dengan pelaburan anda?

NAB akan jatuh kepada = 0.32 sen seunit
Nilai pelaburan anda ialah RM3,200

Dividen yang anda terima ialah 10,000 x 0.03 seunit = RM300

Jumlah pelaburan anda masih lagi = RM 3,200 + RM 300 = RM 3,500

Dividen sebenar tidak membawa apa-apa makna kepada pelaburan anda. Cuma harga unit akan menjadi murah. SAya cadangkan agar anda melaburkan semula dividen anda ...pelaburan semula dividen tidak dikenakan sebarang caj jualan. Jika anda melaburkan semula dividen , anda akan perolehi

300 / 0.03 = 10,000 unit (pertambahan unit) ...ingat melabur diunit amanah adalah untuk menambahkan unit pelaburan anda...

Selepas pelaburan semula nilai pelaburan anda ialah :- 20,000 unit x 0.32 = RM6,400

Pendek kata anda memperolehi lebih unit tetapi nilai mutlak pelaburan anda tetap sama.

Sunday, May 12, 2013

Halal Haram Pelaburan ASB...

Salam..


Persoalan ini selalu bermain dikalangan bumiputra terutamanya orang  Melayu kita.. Secara umumnya, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan hukumnya harus manakala ada 2 Majlis Fawta negeri iaitu Selangor dan Pahang mengatakan Haram.. Negeri lain, kawan tiada info.. 


Meh kita tengok kenapa Majlis Fatwa Selangor mengatakan ASB tidak patuh syariah.


Terdapat pelaburan konvensional berteras faedah melalui Maybank (pemegang saham besar di ASB). 
Pelaburan konvensional berteras faedah di pasaran wang.

Mari kita tengok pula kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ASB harus:

Bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Kenapa ingin menjaga maslahah umat islam:

Masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah. M
emenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.


Adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Saya bukan ulamak, saya bukan ustaz. Dalam hal ini saya ikut pendapat ulamak daripada kalangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Anda nak ikut yang mana, ikutlah tapi kenalah berasas. Asas mengapa saya ikut Majlis Fatwa Kebangsaan adalah:

Majlis Fatwa kebangsaan menyediakan 'solution' dengan mengambil kira keadaan yang berlaku di Malaysia iaitu sistem tunjang ekonomi yang diguna pakai di Malaysia sebelum ini yakni sistem konvensioanal, dan sehinggalah kedatangan sistem syariah perbankan islam. Hanya dengan mengatakan haram tanpa menyediakan solusi bagi saya hanya memudaratkan. Bagi saya, sekiranya Malaysia adalah sebuah negara berlandaskan syariah semenjak awal-awal lagi, sudah pasti ASB tidak lagi 'harus'. Tapi Malaysia baru bangkit dalam memperkenalkan unsur syariah, dalam hal ini terdapat kecelaruan dalam sistem yang bercampur-campur. Untuk serta-merta mengharamkan dalam jangkamasa yang singkat akan memporak-perandakan keadaan dan memburukkan lagi keadaan.

Dana PNB adalah amat besar. Dan tidak ada bank berlandas syariah yang mampu untuk menampung dana pelaburan PNB. Dinyatakan bahawa Malaysia memerlukan sekitar 40 buah islamik bank untuk menampung dana pelaburan PNB. Adalah sesuatu yang sukar dicapai untuk Malaysia mempunyai bank islamik sebanyak itu dalam jangkamasa yang singkat. Setakat ini, hanya Maybank yang mampu memenuhi dana PNB. Jika Maybank dikeluarkan dari equation tanpa ada islamik bank yang boleh tampung kekosongan tersebut, keadaan akan menjadi kucar-kacir. Kecelaruan ekonomi akan memburukkan ekonomi yang akhirnya akan menyebabkan kemudaratan dikalangan pelabur ASB yang rata-rata orang islam. 

Ini adalah survival orang islam di Malaysia, keterlibatan kita adalah dalam kadar darurat, yang mana darurat disukat dengan kadarnya, dan dalam masa yang sama kita (termasuk PNB) berusaha untuk keluar dari permasalah ini (Mengutip kata-kata Dr MAZA). Sebab tu sekarang PNB ada panel syariah dia sendiri, termasuklah pihak Maybank. Dalam hal ini proses pembaikan kepada sistem syariah harus dijalankan sehingga maslahah ini dapat diatasi 

Mari saya bagi contoh lain betapa ironiknya perbuatan jahat atau baik boleh menjadi sebaliknya:

Seseorang yang mencuri kerana kebuluran. Perbuatan ini adalah pada dasarnya salah tetapi 'diharuskan'. Saya petik daripada http://www.al-azim.com/masjid/infois...at/mencuri.htm : 

Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)


Seorang yang ingin berkahwin lebih dari satu kerana ingin menolong perempuan lain, tapi dalam masa yang sama membuatkan isteri asalnya merana. Sememangnya poligami dibolehkan dengan tujuan untuk kebajikan. Tapi apalah kebajikannya sekiranya membuat orang yang didepan mata merana. Kalau ada orang yang merana, itu bukan kebajikan, tidak sampai tujuan asal harusnya poligami. Itu lebih kepada memanipulasi perkara yang 'halal' untuk mencapai tujuan yang dangkal. Perkara yang halal sepatutnya indah. Jadi prosesnya pon kenalah indah. 

Sentiasa ada sebab musabab mengapa halal atau haramnya sesuatu. Kita kenalah paham usul atas asas mengapa sesuatu perkara itu dibentangkan. Kalau kita terima sesuatu bulat-bulat tanpa usul periksa, kita hanya jasad tanpa punya roh, kakak tua yang hanya mampu berkata-kata.


Tuesday, April 30, 2013

Strategi Pelaburan Mana Pilihan Anda


Strategi dan perancangan adalah aspek yang sangat penting dalam menentukan kejayaan suatu usaha yang kita lakukan. Tanpa strategi, kita akan hilang pedoman dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Contohnya, dalam permainan bola sepak, setiap pasukan mempunyai strategi masing-masing bagi membolehkan mereka mengatasi strategi pihak lawan. Begitu juga halnya dengan pelaburan - strategi dan perancangan adalah elemen penting yang harus diberi perhatian sekiranya kita ingin menjadi pelabur yang berjaya.
Jika anda tertanya-tanya kenapa pakar kewangan berupaya mengekalkan prestasi portfolio pelaburan mereka, ini adalah kerana mereka percaya kepada strategi yang digunakan dan berpegang teguh kepada strategi tersebut. Dalam artikel kali ini, kami akan menghuraikan strategi-strategi yang biasanya diguna pakai dalam pelaburan.
Secara umumnya, terdapat tiga jenis strategi pelaburan iaitu:
1) Strategi pelaburan pertumbuhan
2) Strategi pelaburan nilai
3) Strategi pelaburan berorientasikan pasaran
Anda boleh memilih mana-mana strategi ini asalkan ia sesuai dengan matlamat pelaburan, pulangan yang diharapkan dan juga tahap risiko yang mampu ditanggung.

1) Strategi Pelaburan Pertumbuhan
Sekiranya anda memilih strategi ini, maka anda perlu memilih syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Anda perlu memberikan perhatian kepada perolehan syarikat, dimana anda mengharapkan potensi pertumbuhan perolehan yang tinggi akan menaikkan harga saham syarikat tersebut. Selalunya, saham dalam industri yang berkembang, contohnya teknologi, penjagaan kesihatan dan produk pengguna menjadi pilihan utama pelabur pertumbuhan.  Saham seperti ini didagangkan pada nisbah harga perolehan yang lebih tinggi. Ini kerana para pelabur sanggup membeli saham pada harga premium dengan harapan harga saham akan naik apabila syarikat-syarikat tersebut menunjukkan prospek pertumbuhan yang baik.
Namun, jika anda memilih strategi ini, anda mungkin menghadapi risiko dimana pertumbuhan yang dijangkakan tidak menjadi kenyataan. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti tamatnya hakcipta produk atau berlaku perubahan teknologi. Oleh itu, kajian yang teliti perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa potensi pertumbuhan saham yang dipilih boleh menjadi kenyataan dan dikekalkan.  Peter Lynch, seorang pakar kewangan yang mengamalkan strategi ini pernah memberi amaran kepada para pelabur bahawa mereka perlu ‘mengelakkan saham yang paling mendapat tumpuan dalam industri yang paling mendapat tumpuan’ (avoid the hottest stocks in the hottest industry’). Maka, anda perlu peka dan sentiasa bersedia untuk menilai semula pegangan saham anda jika terdapat perubahan kepada faktor-faktor pertumbuhan.

2) Strategi Pelaburan Nilai
Strategi ini menjadi ikutan ramai pelabur terkenal seperti Benjamin Graham dan Warren Buffet. Fokus utama strategi ini ialah mencari saham terkurang nilai (undervalued stock) di pasaran semasa, yang didagangkan pada harga yang lebih rendah berbanding nilai sebenar atau nilai intrinsiknya. Menurut Warren Buffet, nilai intrinsik sesuatu syarikat ialah “nilai terdiskaun tunai (the discounted value of cash) yang boleh dikeluarkan daripada perniagaan syarikat sepanjang baki tempoh hayatnya’. Dengan melabur dalam saham murah, margin keselamatan (perbezaan antara nilai intrinsik dengan harga pasaran sesuatu saham) anda juga lebih kukuh di mana risiko penurunan dapat dikurangkan memandangkan nilai syarikat itu adalah lebih tinggi berbanding harga yang telah anda bayar. Saham yang menjadi sasaran pelabur dalam kategori ini ialah saham yang mempunyai nisbah harga perolehan rendah(low P/E ratios).
Kelemahan utama strategi ini ialah risiko yang terdapat pada saham dengan nisbah harga perolehan rendah. Ini kerana, mungkin ada sebab kukuh mengapa harga saham tersebut rendah. Oleh itu, pastikan anda menganalisa dengan teliti syarikat tersebut untuk memastikan bahawa sebarang masalah yang mungkin dihadapi mengenai perniagaan dan prospek perolehan hanyalah sementara dan mampu ditangani oleh syarikat tersebut.  Selain itu, anda juga perlu mengambil kira tempoh masa yang diperlukan untuk harga saham tersebut naik semula.
3) Strategi pelaburan berorientasikan pasaran
Pelaburan berorientasikan pasaran ialah strategi pelaburan yang paling popular di kalangan pelabur. Strategi ini juga dikenali sebagai ‘pelaburan momentum’, kerana ia berdasarkan pola carta harga (price chart pattern) ataupun minat pembelian sesuatu saham, mengikut arah aliran pasaran. Para pelabur dalam kategori ini akan membeli bila pasaran naik dan menjual sebaik sahaja pasaran mula turun. Fokus utama para pelabur ini ialah saham-saham yang paling mendapat tumpuan di pasaran.
Diantara ketiga-tiga strategi di atas, strategi berorientasikan pasaran dianggap paling berisiko kerana jika timbul masalah yang paling kecil pun, ia akan mendorong kepada jualan sesuatu saham  secara besar-besaran. Ini seterusnya menyebabkan harga saham tersebut akan terus merudum. Dengan strategi pelaburan ini, risikonya tinggi kerana anda mungkin mengalami kerugian yang besar sekiranya menjual pada harga yang rendah ataupun terpaksa terus memegang saham yang mempunyai asas yang lemah apabila gagal menjual ketika  harga saham tersebut menjunam. Jika anda ingin mencuba strategi ini, pastikan anda sentiasa peka tentang apa yang berlaku di pasaran dan mampu bertindak dengan pantas.
Kebanyakan pakar kewangan akan menasihatkan anda agar tidak mengikut corak pelaburan orang ramai. Oleh itu, jika anda masih lagi baru dalam pasaran saham, mengguna pakai strategi yang pertama dan kedua adalah kurang berisiko dan mungkin lebih sesuai untuk anda. Walau apa jua strategi yang dipilih, jangan lupa untuk membuat kajian yang mendalam mengenai syarikat yang anda ingin melabur. Disamping itu, pastikan anda berdisiplin dalam melaksanakan strategi yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

Artikel ini ditulis oleh SIDC dan En. Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pelaburan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat yang terkandung di dalam atikel ini ialah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihat profesional yang lain.



Sunday, April 21, 2013

Kuasa Compounding


Salam sejahtera dalam post yang lalu saya ada terangkan perbezaan antara simple interest dengan compound interest. Kalau belum baca saya cadangkan baca kat sini . Compound Interest (CI) adalah salah satu benda ajaib di dunia. Ini diakui oleh saintis terkenal Einstein mengatakan CI adalah keajaiban dunia ke lapan. Walaubagaimana power sekalipun kuasa CI kalau mental tak bersedia ianya akan jadi mitos sahaja.

Apakah sebenar kuasa dari CI ?

CI adalah faedah yang terakru apabila pendapatan daripada sesuatu tempoh itu ditambah kepada wang pokok; maka faedah untuk tempoh yang berikutnya dikira berdasarkan wang pokok ditambah dengan faedah terkumpul.

Ini bermakna, anda kalau melabur jangan keluarkan faedah yang didapati daripada modal anda. Biarkan sahaja pulangan itu berada di dalam akaun pelaburan anda dan biarkan ia terkompoun atau berganda-ganda. Pulangan faedah anda yang seterusnya akan dikira menggunakan wang pokok terakru ditambah dengan faedah. Secara rumusnya boleh diberi seperti berikut:-


Lupakan tentang rumus tersebut. Kita bukan nak belajar matematik untuk peperiksaan. Kalau anda nak belajar tentang rumus diatas. Buat temujanji saya akan terangkan kepada anda secara details. Sekarang ni apa yang perlu kita tahu bagaimana compounding boleh membantu anda menggandakan wang simpanan dan pelaburan kita. Disinilah konsep leveraging dimana kita menggunakan kuasa COmpound untuk menggandakan wang kita tanpa perlu bekerja keras. Itu pasal ramai orang kaya di luar sana melabur. Kerana faham tentang the power of compounding.

Ok sekarang katakan anda ada RM1000 menyimpan ditempat yang memberi pulangan faedah 4% (contoh) setahun. Jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dalam masa 5 tahun. Baki akaun anda ialah seperti berikut :-

Tahun Pertama 

Modal : RM1000 
Faedah : RM40
Jumlah : RM1040

Tahun ke-2

Modal : RM1040 
Faedah : RM41.60
Jumlah : RM1081.60

Tahun ke-3

Modal : RM1081.60 
Faedah : RM43.26
Jumlah : RM1124.86

Tahun ke-4

Modal : RM1124.86 
Faedah : RM44.99
Jumlah : RM1169.86

Tahun ke-5 (tahun akhir)

Modal : RM1169.86
Faedah : RM46.79
Jumlah : RM1216.65

Bayangkan selagi anda tidak mengeluarkan keuntungan anda selagi itulah Kuasa Compound bertindak. Semakin lama anda menyimpan semakin besarlah anda mendapat keuntungan., semakin besarlah duit anda. Andaikan anda menyimpan untuk 30 tahun berapa agaknya anda dapat. Katakan umur anda sekarang adalah 20 tahun. Anda menyimpan RM10K dalam masa 30 tahun. Tanpa membuat penambahan pelaburan anda dapat mengumpul sebanyak...


Jika anda perhatikan graf diatas menunjukkan baki simpanan setakat ini adalah RM 3,313.50 daripada RM1000 (initial investment). Tidakkah ini menguntungkan. Itu baru 4% kalau ada satu tempat memberi 10% ke atas. Mahukan anda mengetahuinya ? Kalau nak banyak untung tambah modal dan melabur secara tetap berkala setiap bulan saya gerenti anda akan beroleh kemenangan dan kejayaan pelaburan. InsyaAllah.

Maklumat lanjut sila hubungi


Saturday, April 20, 2013

PENCARUM KWSP BOLEH KELUARKAN CARUMAN



Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar
Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar

By Maliki on June 5, 2010 


KUALA LUMPUR 4 Jun – Tabung unit amanah yang mempunyai sehingga 30 peratus portfolio asing akan ditawarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai Ogos, untuk menawarkan lebih banyak pilihan pelaburan kepada mereka.

Mengehadkan mereka kepada portfolio tabung amanah tempatan sahaja, tanpa memberikan peluang kepada kepelbagaian antarabangsa dan potensi pertumbuhannya, akan menyekat keupayaan pencarum KWSP untuk meningkatkan keuntungan, kata Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) hari ini.

Bagaimanapun, hanya dana yang menepati kriteria penilaian prestasi yang ditetapkan untuk Skim Pelaburan Anggota KWSP (EPF-MIS) akan diluluskan, katanya.

Antara syarat-syaratnya ialah, dana itu mesti mempunyai rekod prestasi paling minimum selama tiga tahun, kata Presiden FIMM Tunku Datuk Ya’acob Tunku Tan Sri Abdullah kepada sidang media sebelum mesyuarat agung tahunan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, lebih 300 dana di bawah EPF-MIS sekarang akan menjalani proses penilaian dan senarai akhir akan diumumkan pada Ogos.

Beliau berkata, lima peratus daripadanya dijangka akan ditamatkan.

“Tabung yang tidak memberikan keuntungan setinggi tabung-tabung lain, serta tidak menepati lain-lain syarat akan digantung penjualannya di bawah EPF-MIS,” katanya.

FIMM akan menilai semula semua dana setiap tahun iaitu pada setiap Januari.

Langkah ini, katanya adalah bertujuan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pencarum terhadap saham amanah, kata beliau.

Penilaian akan dijalankan berdasarkan data syarikat penyelidikan antarabangsa.

Beliau berkata, 25 peratus jualan unit amanah di Malaysia dilakukan melalui EPF-MIS dan mulai Disember tahun lepas, RM3.3 bilion telah dikeluarkan untuk tujuan pelaburan.

Tunku Ya’acob berkata, langkah yang serupa telah diambil oleh lain-lain tabung simpanan pekerja seperti Central Provident Fund (CPF) di Singapura.



PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.