Saturday, April 6, 2013

Mengira kadar pulangan keseluruhan bagi portfolio saham


Mengira kadar pulangan keseluruhan bagi portfolio sahamKita boleh mengira kadar pulangan keseluruhan bagi sesuatu portfolio saham dengan mengambil purata wajaran kadar hasil tempoh pemegangan (HPY) bagi setiap saham dalam portfolio tersebut. Di sini, kita cuba mengukur perubahan nilai dalam portfolio asal dan pertimbangan yang digunakan dalam pengiraan purata merupakan nilai pasaran awal bagi setiap saham – ini dirujuk sebagai cara kadar pulangan wajaran dolar atau wajaran nilai.
Contoh pengiraan kadar pulangan bagi sesuatu portfolio saham:
Sebagai contoh, anda membeli tiga saham iaitu Saham A, Saham B dan Saham C. Yang berikut ialah butir-butir mengenai jumlah setiap saham yang dibeli dan harga pasarannya:
  • 100,000 Saham A pada RM10.00 sesaham;
  • 200,000 Saham B pada RM 20.00 sesaham; dan
  • 500,000 Saham C pada RM 30.00 sesaham.
Selepas satu tahun, saham mempunyai harga pasaran seperti yang berikut:
  • Saham A ialah RM12.00 sesaham;
  • Saham B ialah RM21.00 sesaham; dan
  • Saham C ialah RM33.00 sesaham.
Pengiraan bagi wajaran kadar hasil tempoh pemegangan (HPY) bagi portfolio ini dijelaskan melalui jadual di bawah.
Stok
Bil. saham
Harga
(awal) (RM)
Nilai Pasaran (awal) RM
Harga (akhir) (RM)
Nilai Pasaran (akhir)
(RM)
HPR
HP
Y(%)
Wajaran
Pasaran
Wajaran HPY
A
100,000
10
1,000,000
12
1,200,000
1.20
20
0.05
0.01
B
200,000
20
4,000,000
21
4,200,000
1.05
5
0.20
0.01
C
500,000
30
15,000,000
33
16,500,000
1.10
10
0.75
0.075
Jumlah


20,000,000

21,900,000



0.095
*HPY= Kadar Hasil Tempoh Pemegangan; HPR = Pulangan Tempoh Pemegangan
Daripada jadual di atas, kita boleh pastikan bahawa kadar pulangan keseluruhan daripada portfolio ini yang mengandungi tiga saham (A, B dan C), ialah 9.5%.
Atau, secara alternatif, keseluruhan portfolio HPY boleh juga dikira seperti yang berikut:
HPR = RM21,900,000 / RM20,000,000 = 1.095
Oleh itu, HPY = HPR - 1 = 1.095 - 1 = 0.095 or 9.5%
Contoh di atas berguna dalam mengira kadar pulangan diperoleh bagi sesuatu portfolio saham, supaya boleh dibandingkan dengan pelaburan alternatif (atau portfolio). Walaupun ini memudahkan, bagi memilih pelaburan untuk portfolio anda, memerlukan anda meramalkan kadar pulangan dijangka pada masa depan. Ini tidak selalunya mudah kerana perlu mengambil kira faktor-faktor seperti tahap risiko yang bersedia diambil oleh seseorang itu ketika membuat pelaburan – ingat semula tentang pengimbangan antara risiko dan pulangan yang dibincangkan pada awal tadi.

Sumber :-SIDC

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.