![]() |
Albert Einstein |
Lagi tentang Compound Interest (CI) . CI bolehlah dibayangkan sebagai pekerja anda. Kerjanya adalah menggandakan wang anda. CI bukan seperti kita manusia. CI boleh bekerja 24 jam siang dan malam sehari tidak tidur tidak makan dan minum. CI merupakan pekerja yang rajin dan sentiasa fokus. CI akan bekerja tanpa henti. So sebagai majikan (kita) ialah tidak mengganggu ia bekerja. Biarkan ia menumpukan perhatian kepada kerjayanya. Di akhir nanti, CI akan memberikan hasil yang menajubkan kepada wang anda. Percayalah...Jangan ganggu kerja dia...
Walaubagaimanapun seperti juga kita CI perlukan ruang kerja yang selesa dan teman kerja yang ideal untuk mengelakkan kebosanan. Oleh itu majikan perlu memainkan peranan penting...iaitu :-
- Menentukan CI mendapat ruang kerja yang selesa dan membolehkan ianya bekerja tanpa gangguan dengan meletakkan satu tempat yang boleh memberi pulangan tinggi. Seolah-olah gaji tinggilah kepada CI. Sekitar 10% ke atas. Ibaratnya kita memberi teknologi dan prasarana serta kemudahan kepada CI bekerja.
- Jangan bertangguh mula menyimpan sekarang dan melabur secepat mungkin agar CI ada sumber untuk bekerja.
- Biarkan CI menjana wang pelaburan / simpanan anda selama mungkin. Itu pasal kita suruh melabur dalam jangka waktu yang panjang.
- Cuba dapatkan pulangan pelaburan yang terbaik dengan risiko yang sederhana.
CI akan bekerja untuk anda selagi anda masih mempunyai modal pelaburan di dalam akaun unit trust anda. Walaubagaimanapun CI akan bekerja secara produktif bergantung kepada dimana CI bekerja...contohnya anda ada pilihan untuk meletakkan dimana CI bekerja untuk menggandakan wang anda. Antaranya...
- Anda simpan dibawah bantal...CI akan bekerja tetapi dengan kadar 0 % . Maksudnya % kelajuan atau produktiviti CI menjana wang anda. So jangan simpan di bawah bantal CI tak boleh nak buat apa kerana ketiadaan sumber.
- Akaun Simpanan, kadar pulangan 1% ke 2% bahkan tak sampai 2% pun hari ini. CI akan bekerja berdasarkan peratusan yang diberikan oleh pihak majikan dimana tempat dia ditempatkan.
- Akaun Deposit Tetap (FD), kadar pulangan sekitar 3% ke 4% tetapi hari ini setiap bank hanya memberi 3% sahaja. Wang yang anda simpan di FD akan terkompoun pada kadar 3% sahaja
- Unit Amanah (Unit Trust) kadar terkompoun adalah sekitar 8% ke 20%.
- Saham kadar terkompoun adalah 50% ke 100% tetapi kalau anda tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melabur di bursa saham. Unit amanah saya cadangkan.
Cuba fikirkan, CI ibarat kereta. Dalam sesebuah perlumbaan apa anda nak bawa untuk berlumba di litar Sepang...Ferrari atau Kancil...Mana yang cepat sampai dulu ke tempat destinasi...Sudah tentulah Ferrari. So CI Ferrari bukannya CI Kancil.
Maklumat lanjut sila hubungi

0 comments:
Post a Comment