Senario
Ahmad : Bagaimana pengiraan harga dibuat ?
Fazley : Belian/Jualan Unit disebut dan diurusniaga pada HARGA TUNGGAL. Iaitu pada NAb seunit dana. Maksudnya anda akan nampak satu harga sahaja dalam proses beli/jual sebagai rujukan. Sebagai contoh jika hari itu NAB bagi sebuah dana ABC berjumlah RM 0.50 NAB Seunit. Sama ada anda mahu beli/jual anda mengikut harga tersebut. Maksudnya tiada lagi harga jual RM0.50 dan harga beli RM0.60
Ahmad : Adakah sebarang caj dikenakan ?
Fazley : Ya, Caj perkhidmatan dan caj belian balik (jika ada) akan dikenakan ke atas belian dan jualan unit oleh pelabur. Caj tersebut tidak akan dimasukkan ke dalam harga sebutan dana yang RM0.50 ianya dikiran dan dicaj berasingan tetapi anda tidak perlu membayarnya ianya telah ditolak dari pelaburan anda.
Ahmad : Berapa Caj perkhidmatan yang dikenakan ?
Fazley : Untuk pelaburan Tunai sebanyak 5.5% dikenakan kepada pelaburan dan untuk pelaburan Tanpa Tunai EPF/KWSP sebanyak 3% dikenakan. Ini adalah kos pengurusan wang anda.
Ahmad : Saya hendak melabur RM10,000 berapakah jumlah unit pelaburan yang saya beli?
Fazley : Dengan mengandaikan pada 19 Julai 2013 , anda melabur sebanyak RM10,000 dalam salah satu dana kami. Berikut adalah pengiraannya
Maklumat pelaburan :
Initial Investment : RM10,000
Caj Pekhidmatan : 5.5%
NAB Seunit : RM0.50
Unit Pelaburan : RM10,000 / RM0.50 = 20,000 unit
Caj Perkhidmatan Seunit : RM0.50 x 5.5% = RM 0.02750000
Jumlah Caj Perkhidatan yang ditanggung oleh Pelabur : RM0.0275 x 20K unit = RM550
Jumlah yang sepatutnya dibayar ialah : RM10,000 + RM550 = RM10,550
//Ianya akan ditolak dari amaun pelaburan anda. Anda tidak perlu membayar sebarang bayaran tambahan.
Untuk maklumat lanjut...Anda boleh menghubungi saya...Jangan membuai spekulasi sendiri bertanya kepada mereka yang arif dalam bidang ini. Jangan main dengar-dengar...
Sunday, February 3, 2013
Bagaimana Pengiraan Harga di buat ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENAFIAN
Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.
0 comments:
Post a Comment