Saturday, April 20, 2013

PENCARUM KWSP BOLEH KELUARKAN CARUMAN



Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar
Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar

By Maliki on June 5, 2010 


KUALA LUMPUR 4 Jun – Tabung unit amanah yang mempunyai sehingga 30 peratus portfolio asing akan ditawarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai Ogos, untuk menawarkan lebih banyak pilihan pelaburan kepada mereka.

Mengehadkan mereka kepada portfolio tabung amanah tempatan sahaja, tanpa memberikan peluang kepada kepelbagaian antarabangsa dan potensi pertumbuhannya, akan menyekat keupayaan pencarum KWSP untuk meningkatkan keuntungan, kata Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) hari ini.

Bagaimanapun, hanya dana yang menepati kriteria penilaian prestasi yang ditetapkan untuk Skim Pelaburan Anggota KWSP (EPF-MIS) akan diluluskan, katanya.

Antara syarat-syaratnya ialah, dana itu mesti mempunyai rekod prestasi paling minimum selama tiga tahun, kata Presiden FIMM Tunku Datuk Ya’acob Tunku Tan Sri Abdullah kepada sidang media sebelum mesyuarat agung tahunan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, lebih 300 dana di bawah EPF-MIS sekarang akan menjalani proses penilaian dan senarai akhir akan diumumkan pada Ogos.

Beliau berkata, lima peratus daripadanya dijangka akan ditamatkan.

“Tabung yang tidak memberikan keuntungan setinggi tabung-tabung lain, serta tidak menepati lain-lain syarat akan digantung penjualannya di bawah EPF-MIS,” katanya.

FIMM akan menilai semula semua dana setiap tahun iaitu pada setiap Januari.

Langkah ini, katanya adalah bertujuan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pencarum terhadap saham amanah, kata beliau.

Penilaian akan dijalankan berdasarkan data syarikat penyelidikan antarabangsa.

Beliau berkata, 25 peratus jualan unit amanah di Malaysia dilakukan melalui EPF-MIS dan mulai Disember tahun lepas, RM3.3 bilion telah dikeluarkan untuk tujuan pelaburan.

Tunku Ya’acob berkata, langkah yang serupa telah diambil oleh lain-lain tabung simpanan pekerja seperti Central Provident Fund (CPF) di Singapura.



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.