Thursday, January 10, 2013

Risiko Pelaburan

Mungkin anda pernah mendengar dialog seperti berikut...

"Pelaburan ini berisiko.."

"Wang saya akan hilang...kerana melabur..."

"Lebih baik simpan di bank sahaja, tak lah rugi..."

Diluar sana masih ada lagi dialog-dialog serupa diatas yang kita dengar, bahkan saya sendiri dulu mengatakan bahawa pelaburan ini tidak menguntungkan bahkan meleburkan...Tetapi tanggapan itu berubah sama sekali apabila saya sendiri melabur dan menjadi perunding unit amanah. Barulah saya tahu selama ini tanggapan saya tentang pelaburan adalah negatif. Inilah tanggapan yang jahil dalam pelaburan. Apa yang saya pelajari adalah, kita tidak akan tahu apa yang berlaku selagi kita tidak menceburinya sendiri serta merasainya. Akibat kejahilan kita kita telah menutup peluang yang ada di depan kita. Akibat terlalu mendengar kata dan khabar angin dari orang luar tanpa mendengar sendiri dari mereka yang tahu dan pakar dalam pelaburan unit amanah atau menikmati aktiviti pelaburan menyebabkan kita tidak berlaku adil kepada diri sendiri. Kita mengetepikan kemahuan kita untuk kaya dengan beroleh keuntungan dari pelaburan semata-mata mendengar cakap orang berbanding kata hati kita.

Dalam pelaburan ada dua perkara sahaja keputusan yang bakal dicapai...iaitu anda beroleh keuntungan atau kerugian. Seringkali kita mendengar orang merungut dia rugi. Cuba kita tanya kenapa beliau rugi ? dan ada juga yang mengatakan pelaburan ada risiko ? kita tanya balik kenapa pelaburan berisiko ? InsyaAllah jika anda menemui jawapannya anda pasti akan mempunyai roh pelaburan dan sentiasa bersemangat untuk melakukan aktiviti pelaburan. Ingat pelaburan bukan buah dadu. Anda boleh untung dan rugi melalui kebarangkalian. Atau melalui dadu itu sendiri. Pelaburan memerlukan ilmu. Ilmu bagaimana menggandakan wang, strategi pelaburan dengan mengambil kadar risiko...Saya akan terangkan dalam post akan datang. Kenapa kita rugi ? Kenapa kita tidak mahu berdepan dengan risiko ?



Maklumat lanjut sila hubungi

Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.