BUILDING WEALTH

"The very first step to building wealth is to spend less than you make" Brian Koslow, author of 365 Ways to Become a Millionaire (Without Being Born One)

COMPOUND INTEREST

"Compound Interest is the eighth wonder of the world. He who understand it, earns it ... he who doesn't ... pay it."~ Albert Einstein, physicist who developed the theories of relativity.

GOAL SETTING

"An Investor without investment objectives is like a traveler without a destination" ~ Ralph Seger , founder of Seger-Elvekrog.

INVEST REGULARLY

"I don't think investment is that hard. It's doing the simple things on a regular basis" ~ Paul Clitheroe, Australian money and investment columnist.

FOCUS ON LONG-TERM

"Your ultimate success or failure in investing will depend on your ability to ignore the worries of the world long enough to allow your in investments to succeed" ~ Peter Lynch, former Fidelity Magellan fund manager and investment author.

Sunday, June 2, 2013

5 Mitos Pelaburan Saham

  1. Pasaran saham ialah kasino! 
    Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah
  2. Hanya untuk orang kaya 
    Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.
  3. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul”
    Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).
  4. Mustahil melabur tanpa “maklumat panas” 
    Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.
  5. Beli saham harga murah ketika pasaran bulis 
    Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai. Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.
Sumber from outside...i just copied...

Wednesday, May 22, 2013

Dana apa pilihan anda...?


Dana mana pilihan anda untuk melabur kurang dari 5 tahun


Apakah pilihan dana yang anda ingin melabur untuk 5 tahun


Dana untuk 10 tahun...

"Prestasi lampau tidak boleh dijadikan sebagai sandaran untuk keuntungan seterusnya"



Dividen dan Pecahan Unit

Kenapa saya katakan dividen unit amanah tidak memberi makna...


Sesetengah mungkin terkejut atau tidak percaya bahawa dividen unit amanah sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah tambahan kepada pelabur. Apabila dividen dibayar kepada pelabur, wang diambil daripada NAB dana dan NAV dana akan berkurangan dengan jumlah yang sama dengan agihan pendapatan yang dikeluarkan.

Contohnya :-

Pelabur ada 10K dan sebelum Dividen disitiharkan harga /NAB seunit0.35 seunit. Maka nilai pelaburan adalah :-

10,000 x 0.35 seunit = RM 3,500

Kemudian diistiharkan Dividen sebanyak 3 sen seunit...Apakah yang terjadi dengan pelaburan anda?

NAB akan jatuh kepada = 0.32 sen seunit
Nilai pelaburan anda ialah RM3,200

Dividen yang anda terima ialah 10,000 x 0.03 seunit = RM300

Jumlah pelaburan anda masih lagi = RM 3,200 + RM 300 = RM 3,500

Dividen sebenar tidak membawa apa-apa makna kepada pelaburan anda. Cuma harga unit akan menjadi murah. SAya cadangkan agar anda melaburkan semula dividen anda ...pelaburan semula dividen tidak dikenakan sebarang caj jualan. Jika anda melaburkan semula dividen , anda akan perolehi

300 / 0.03 = 10,000 unit (pertambahan unit) ...ingat melabur diunit amanah adalah untuk menambahkan unit pelaburan anda...

Selepas pelaburan semula nilai pelaburan anda ialah :- 20,000 unit x 0.32 = RM6,400

Pendek kata anda memperolehi lebih unit tetapi nilai mutlak pelaburan anda tetap sama.

Sunday, May 12, 2013

Halal Haram Pelaburan ASB...

Salam..


Persoalan ini selalu bermain dikalangan bumiputra terutamanya orang  Melayu kita.. Secara umumnya, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan hukumnya harus manakala ada 2 Majlis Fawta negeri iaitu Selangor dan Pahang mengatakan Haram.. Negeri lain, kawan tiada info.. 


Meh kita tengok kenapa Majlis Fatwa Selangor mengatakan ASB tidak patuh syariah.


Terdapat pelaburan konvensional berteras faedah melalui Maybank (pemegang saham besar di ASB). 
Pelaburan konvensional berteras faedah di pasaran wang.

Mari kita tengok pula kenapa Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ASB harus:

Bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Kenapa ingin menjaga maslahah umat islam:

Masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah. M
emenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.


Adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

Saya bukan ulamak, saya bukan ustaz. Dalam hal ini saya ikut pendapat ulamak daripada kalangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Anda nak ikut yang mana, ikutlah tapi kenalah berasas. Asas mengapa saya ikut Majlis Fatwa Kebangsaan adalah:

Majlis Fatwa kebangsaan menyediakan 'solution' dengan mengambil kira keadaan yang berlaku di Malaysia iaitu sistem tunjang ekonomi yang diguna pakai di Malaysia sebelum ini yakni sistem konvensioanal, dan sehinggalah kedatangan sistem syariah perbankan islam. Hanya dengan mengatakan haram tanpa menyediakan solusi bagi saya hanya memudaratkan. Bagi saya, sekiranya Malaysia adalah sebuah negara berlandaskan syariah semenjak awal-awal lagi, sudah pasti ASB tidak lagi 'harus'. Tapi Malaysia baru bangkit dalam memperkenalkan unsur syariah, dalam hal ini terdapat kecelaruan dalam sistem yang bercampur-campur. Untuk serta-merta mengharamkan dalam jangkamasa yang singkat akan memporak-perandakan keadaan dan memburukkan lagi keadaan.

Dana PNB adalah amat besar. Dan tidak ada bank berlandas syariah yang mampu untuk menampung dana pelaburan PNB. Dinyatakan bahawa Malaysia memerlukan sekitar 40 buah islamik bank untuk menampung dana pelaburan PNB. Adalah sesuatu yang sukar dicapai untuk Malaysia mempunyai bank islamik sebanyak itu dalam jangkamasa yang singkat. Setakat ini, hanya Maybank yang mampu memenuhi dana PNB. Jika Maybank dikeluarkan dari equation tanpa ada islamik bank yang boleh tampung kekosongan tersebut, keadaan akan menjadi kucar-kacir. Kecelaruan ekonomi akan memburukkan ekonomi yang akhirnya akan menyebabkan kemudaratan dikalangan pelabur ASB yang rata-rata orang islam. 

Ini adalah survival orang islam di Malaysia, keterlibatan kita adalah dalam kadar darurat, yang mana darurat disukat dengan kadarnya, dan dalam masa yang sama kita (termasuk PNB) berusaha untuk keluar dari permasalah ini (Mengutip kata-kata Dr MAZA). Sebab tu sekarang PNB ada panel syariah dia sendiri, termasuklah pihak Maybank. Dalam hal ini proses pembaikan kepada sistem syariah harus dijalankan sehingga maslahah ini dapat diatasi 

Mari saya bagi contoh lain betapa ironiknya perbuatan jahat atau baik boleh menjadi sebaliknya:

Seseorang yang mencuri kerana kebuluran. Perbuatan ini adalah pada dasarnya salah tetapi 'diharuskan'. Saya petik daripada http://www.al-azim.com/masjid/infois...at/mencuri.htm : 

Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)


Seorang yang ingin berkahwin lebih dari satu kerana ingin menolong perempuan lain, tapi dalam masa yang sama membuatkan isteri asalnya merana. Sememangnya poligami dibolehkan dengan tujuan untuk kebajikan. Tapi apalah kebajikannya sekiranya membuat orang yang didepan mata merana. Kalau ada orang yang merana, itu bukan kebajikan, tidak sampai tujuan asal harusnya poligami. Itu lebih kepada memanipulasi perkara yang 'halal' untuk mencapai tujuan yang dangkal. Perkara yang halal sepatutnya indah. Jadi prosesnya pon kenalah indah. 

Sentiasa ada sebab musabab mengapa halal atau haramnya sesuatu. Kita kenalah paham usul atas asas mengapa sesuatu perkara itu dibentangkan. Kalau kita terima sesuatu bulat-bulat tanpa usul periksa, kita hanya jasad tanpa punya roh, kakak tua yang hanya mampu berkata-kata.


Tuesday, April 30, 2013

Strategi Pelaburan Mana Pilihan Anda


Strategi dan perancangan adalah aspek yang sangat penting dalam menentukan kejayaan suatu usaha yang kita lakukan. Tanpa strategi, kita akan hilang pedoman dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Contohnya, dalam permainan bola sepak, setiap pasukan mempunyai strategi masing-masing bagi membolehkan mereka mengatasi strategi pihak lawan. Begitu juga halnya dengan pelaburan - strategi dan perancangan adalah elemen penting yang harus diberi perhatian sekiranya kita ingin menjadi pelabur yang berjaya.
Jika anda tertanya-tanya kenapa pakar kewangan berupaya mengekalkan prestasi portfolio pelaburan mereka, ini adalah kerana mereka percaya kepada strategi yang digunakan dan berpegang teguh kepada strategi tersebut. Dalam artikel kali ini, kami akan menghuraikan strategi-strategi yang biasanya diguna pakai dalam pelaburan.
Secara umumnya, terdapat tiga jenis strategi pelaburan iaitu:
1) Strategi pelaburan pertumbuhan
2) Strategi pelaburan nilai
3) Strategi pelaburan berorientasikan pasaran
Anda boleh memilih mana-mana strategi ini asalkan ia sesuai dengan matlamat pelaburan, pulangan yang diharapkan dan juga tahap risiko yang mampu ditanggung.

1) Strategi Pelaburan Pertumbuhan
Sekiranya anda memilih strategi ini, maka anda perlu memilih syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Anda perlu memberikan perhatian kepada perolehan syarikat, dimana anda mengharapkan potensi pertumbuhan perolehan yang tinggi akan menaikkan harga saham syarikat tersebut. Selalunya, saham dalam industri yang berkembang, contohnya teknologi, penjagaan kesihatan dan produk pengguna menjadi pilihan utama pelabur pertumbuhan.  Saham seperti ini didagangkan pada nisbah harga perolehan yang lebih tinggi. Ini kerana para pelabur sanggup membeli saham pada harga premium dengan harapan harga saham akan naik apabila syarikat-syarikat tersebut menunjukkan prospek pertumbuhan yang baik.
Namun, jika anda memilih strategi ini, anda mungkin menghadapi risiko dimana pertumbuhan yang dijangkakan tidak menjadi kenyataan. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti tamatnya hakcipta produk atau berlaku perubahan teknologi. Oleh itu, kajian yang teliti perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa potensi pertumbuhan saham yang dipilih boleh menjadi kenyataan dan dikekalkan.  Peter Lynch, seorang pakar kewangan yang mengamalkan strategi ini pernah memberi amaran kepada para pelabur bahawa mereka perlu ‘mengelakkan saham yang paling mendapat tumpuan dalam industri yang paling mendapat tumpuan’ (avoid the hottest stocks in the hottest industry’). Maka, anda perlu peka dan sentiasa bersedia untuk menilai semula pegangan saham anda jika terdapat perubahan kepada faktor-faktor pertumbuhan.

2) Strategi Pelaburan Nilai
Strategi ini menjadi ikutan ramai pelabur terkenal seperti Benjamin Graham dan Warren Buffet. Fokus utama strategi ini ialah mencari saham terkurang nilai (undervalued stock) di pasaran semasa, yang didagangkan pada harga yang lebih rendah berbanding nilai sebenar atau nilai intrinsiknya. Menurut Warren Buffet, nilai intrinsik sesuatu syarikat ialah “nilai terdiskaun tunai (the discounted value of cash) yang boleh dikeluarkan daripada perniagaan syarikat sepanjang baki tempoh hayatnya’. Dengan melabur dalam saham murah, margin keselamatan (perbezaan antara nilai intrinsik dengan harga pasaran sesuatu saham) anda juga lebih kukuh di mana risiko penurunan dapat dikurangkan memandangkan nilai syarikat itu adalah lebih tinggi berbanding harga yang telah anda bayar. Saham yang menjadi sasaran pelabur dalam kategori ini ialah saham yang mempunyai nisbah harga perolehan rendah(low P/E ratios).
Kelemahan utama strategi ini ialah risiko yang terdapat pada saham dengan nisbah harga perolehan rendah. Ini kerana, mungkin ada sebab kukuh mengapa harga saham tersebut rendah. Oleh itu, pastikan anda menganalisa dengan teliti syarikat tersebut untuk memastikan bahawa sebarang masalah yang mungkin dihadapi mengenai perniagaan dan prospek perolehan hanyalah sementara dan mampu ditangani oleh syarikat tersebut.  Selain itu, anda juga perlu mengambil kira tempoh masa yang diperlukan untuk harga saham tersebut naik semula.
3) Strategi pelaburan berorientasikan pasaran
Pelaburan berorientasikan pasaran ialah strategi pelaburan yang paling popular di kalangan pelabur. Strategi ini juga dikenali sebagai ‘pelaburan momentum’, kerana ia berdasarkan pola carta harga (price chart pattern) ataupun minat pembelian sesuatu saham, mengikut arah aliran pasaran. Para pelabur dalam kategori ini akan membeli bila pasaran naik dan menjual sebaik sahaja pasaran mula turun. Fokus utama para pelabur ini ialah saham-saham yang paling mendapat tumpuan di pasaran.
Diantara ketiga-tiga strategi di atas, strategi berorientasikan pasaran dianggap paling berisiko kerana jika timbul masalah yang paling kecil pun, ia akan mendorong kepada jualan sesuatu saham  secara besar-besaran. Ini seterusnya menyebabkan harga saham tersebut akan terus merudum. Dengan strategi pelaburan ini, risikonya tinggi kerana anda mungkin mengalami kerugian yang besar sekiranya menjual pada harga yang rendah ataupun terpaksa terus memegang saham yang mempunyai asas yang lemah apabila gagal menjual ketika  harga saham tersebut menjunam. Jika anda ingin mencuba strategi ini, pastikan anda sentiasa peka tentang apa yang berlaku di pasaran dan mampu bertindak dengan pantas.
Kebanyakan pakar kewangan akan menasihatkan anda agar tidak mengikut corak pelaburan orang ramai. Oleh itu, jika anda masih lagi baru dalam pasaran saham, mengguna pakai strategi yang pertama dan kedua adalah kurang berisiko dan mungkin lebih sesuai untuk anda. Walau apa jua strategi yang dipilih, jangan lupa untuk membuat kajian yang mendalam mengenai syarikat yang anda ingin melabur. Disamping itu, pastikan anda berdisiplin dalam melaksanakan strategi yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

Artikel ini ditulis oleh SIDC dan En. Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pelaburan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat yang terkandung di dalam atikel ini ialah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihat profesional yang lain.



Sunday, April 21, 2013

Kuasa Compounding


Salam sejahtera dalam post yang lalu saya ada terangkan perbezaan antara simple interest dengan compound interest. Kalau belum baca saya cadangkan baca kat sini . Compound Interest (CI) adalah salah satu benda ajaib di dunia. Ini diakui oleh saintis terkenal Einstein mengatakan CI adalah keajaiban dunia ke lapan. Walaubagaimana power sekalipun kuasa CI kalau mental tak bersedia ianya akan jadi mitos sahaja.

Apakah sebenar kuasa dari CI ?

CI adalah faedah yang terakru apabila pendapatan daripada sesuatu tempoh itu ditambah kepada wang pokok; maka faedah untuk tempoh yang berikutnya dikira berdasarkan wang pokok ditambah dengan faedah terkumpul.

Ini bermakna, anda kalau melabur jangan keluarkan faedah yang didapati daripada modal anda. Biarkan sahaja pulangan itu berada di dalam akaun pelaburan anda dan biarkan ia terkompoun atau berganda-ganda. Pulangan faedah anda yang seterusnya akan dikira menggunakan wang pokok terakru ditambah dengan faedah. Secara rumusnya boleh diberi seperti berikut:-


Lupakan tentang rumus tersebut. Kita bukan nak belajar matematik untuk peperiksaan. Kalau anda nak belajar tentang rumus diatas. Buat temujanji saya akan terangkan kepada anda secara details. Sekarang ni apa yang perlu kita tahu bagaimana compounding boleh membantu anda menggandakan wang simpanan dan pelaburan kita. Disinilah konsep leveraging dimana kita menggunakan kuasa COmpound untuk menggandakan wang kita tanpa perlu bekerja keras. Itu pasal ramai orang kaya di luar sana melabur. Kerana faham tentang the power of compounding.

Ok sekarang katakan anda ada RM1000 menyimpan ditempat yang memberi pulangan faedah 4% (contoh) setahun. Jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dalam masa 5 tahun. Baki akaun anda ialah seperti berikut :-

Tahun Pertama 

Modal : RM1000 
Faedah : RM40
Jumlah : RM1040

Tahun ke-2

Modal : RM1040 
Faedah : RM41.60
Jumlah : RM1081.60

Tahun ke-3

Modal : RM1081.60 
Faedah : RM43.26
Jumlah : RM1124.86

Tahun ke-4

Modal : RM1124.86 
Faedah : RM44.99
Jumlah : RM1169.86

Tahun ke-5 (tahun akhir)

Modal : RM1169.86
Faedah : RM46.79
Jumlah : RM1216.65

Bayangkan selagi anda tidak mengeluarkan keuntungan anda selagi itulah Kuasa Compound bertindak. Semakin lama anda menyimpan semakin besarlah anda mendapat keuntungan., semakin besarlah duit anda. Andaikan anda menyimpan untuk 30 tahun berapa agaknya anda dapat. Katakan umur anda sekarang adalah 20 tahun. Anda menyimpan RM10K dalam masa 30 tahun. Tanpa membuat penambahan pelaburan anda dapat mengumpul sebanyak...


Jika anda perhatikan graf diatas menunjukkan baki simpanan setakat ini adalah RM 3,313.50 daripada RM1000 (initial investment). Tidakkah ini menguntungkan. Itu baru 4% kalau ada satu tempat memberi 10% ke atas. Mahukan anda mengetahuinya ? Kalau nak banyak untung tambah modal dan melabur secara tetap berkala setiap bulan saya gerenti anda akan beroleh kemenangan dan kejayaan pelaburan. InsyaAllah.

Maklumat lanjut sila hubungi


Saturday, April 20, 2013

PENCARUM KWSP BOLEH KELUARKAN CARUMAN



Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar
Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar

By Maliki on June 5, 2010 


KUALA LUMPUR 4 Jun – Tabung unit amanah yang mempunyai sehingga 30 peratus portfolio asing akan ditawarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai Ogos, untuk menawarkan lebih banyak pilihan pelaburan kepada mereka.

Mengehadkan mereka kepada portfolio tabung amanah tempatan sahaja, tanpa memberikan peluang kepada kepelbagaian antarabangsa dan potensi pertumbuhannya, akan menyekat keupayaan pencarum KWSP untuk meningkatkan keuntungan, kata Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) hari ini.

Bagaimanapun, hanya dana yang menepati kriteria penilaian prestasi yang ditetapkan untuk Skim Pelaburan Anggota KWSP (EPF-MIS) akan diluluskan, katanya.

Antara syarat-syaratnya ialah, dana itu mesti mempunyai rekod prestasi paling minimum selama tiga tahun, kata Presiden FIMM Tunku Datuk Ya’acob Tunku Tan Sri Abdullah kepada sidang media sebelum mesyuarat agung tahunan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, lebih 300 dana di bawah EPF-MIS sekarang akan menjalani proses penilaian dan senarai akhir akan diumumkan pada Ogos.

Beliau berkata, lima peratus daripadanya dijangka akan ditamatkan.

“Tabung yang tidak memberikan keuntungan setinggi tabung-tabung lain, serta tidak menepati lain-lain syarat akan digantung penjualannya di bawah EPF-MIS,” katanya.

FIMM akan menilai semula semua dana setiap tahun iaitu pada setiap Januari.

Langkah ini, katanya adalah bertujuan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pencarum terhadap saham amanah, kata beliau.

Penilaian akan dijalankan berdasarkan data syarikat penyelidikan antarabangsa.

Beliau berkata, 25 peratus jualan unit amanah di Malaysia dilakukan melalui EPF-MIS dan mulai Disember tahun lepas, RM3.3 bilion telah dikeluarkan untuk tujuan pelaburan.

Tunku Ya’acob berkata, langkah yang serupa telah diambil oleh lain-lain tabung simpanan pekerja seperti Central Provident Fund (CPF) di Singapura.



Friday, April 19, 2013

Hijrah Kewangan Anda


Pesan Memesan


Sekian lama kita didedahkan dengan pengurusan kewangan secara konvensional yang terlibat secara langsung dengan RIBA’. Alhamdulillah sekarang kita sudah ada instrument-instrumen pengurusan kewangan berlandaskan Syariah. Namun masih terdapat juga daripada kita terlepas pandang daripada penguasaan sistem kewangan konvensional.

* Kita ada Bank berlandaskan Syariah…sudahkah anda beralih kepadanya
* Kita ada Takaful berlandaskan Syariah…sudahkah anda dapatkannya
* Kita ada pelaburan berlandaskan Syariah…mengapa tidak menyertainya.
* Kita ada pinjaman berlandaskan Syariah…dah buat pinjaman?

Jika kesemua pengurusan kewangan anda menjurus kepada Islamik..Alhamdulillah.. semuga rezki anda beroleh keberkatan.

Konsep pelaburan sambil menyimpan untuk masa depan dari Dana Islamik Unit Trust ini dilulus oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Skuriti dan dipantau oleh Jawatankuasa Syariah IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd)


Keuntungan dan kebaikan yang ditawarkan :

* Pengagihan keuntungan(hujung tahun) antara 10% - 30%
* Pertumbuhan modal 2 kali setahun berdasarkan perubahan harga unit.
* Pemberian Insurans/Takaful percuma berdasarkan nilai pelaburan(dana tertentu)
* Banyak lagi kebaikannya.



Thursday, April 18, 2013

Selamat Datang


Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.
Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.
Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)
Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."
Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.
Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.
Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.
"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"


Wednesday, April 17, 2013

Kenapa perlunya merancang pelan kewangan ?


Kenapa perlunya merancang Pelan Kewangan ?

Bijak pandai pernah berkata, gagal merancang bermakna merancang untuk gagal. Persoalannya berapa ramai dikalangan kita yang tahu dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan.

Adakah kita perlu menjadi pakar dalam pengurusan kewangan ? Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang kewangan. Apa yang anda perlu tahu adalah darimana wang anda masuk, kemana wang anda keluar, bagaimana anda nak mengekalkan sebahagian kewangan anda dan kemana halatuju wang anda mahu digunakan pada masa hadapan. Kalau pun anda tidak mahu menjadi pakar kewangan sekurang-kurangnya anda tahu pergerakan wang anda.

Anda dapat mentadbir wang anda dengan baik apabila anda mempelajari bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak dan cermat. Antara tips yang boleh anda gunakan adalah seperti 
  • Mengetahui apa yang hendak dibuat dengan wang yang anda dapat iaitu dari pendapatan, komisen, elaun dan sebagainya. Apakah perancangan anda ?
  • Mengetahui ke mana perginya wang anda setiap bulan
  • Kenalpasti tabiat anda berbelanja
  • Membentuk rancangan perbelanjaan yang cermat
  • Berbelanja dengan berhemat
  • Menyimpan sedikit wang untuk simpanan masa depan





Tuesday, April 16, 2013

Duit Makcik Tak Hilangkah...?

Persoalan yang sering ditanya oleh saya bila berjumpa menerangkan tentang pelaburan Unit Trust. Pada saya persoalan ini perlu dijawab oleh mana-mana UTC sebab mereka (prospek) tidak tahu apa-apa berkaitan dengan pelaburan Unit Amanah walaupun bertahun-tahun simpan di Pelaburan Amanah Saham Bumiputra. Boleh saya katakan berapa ramai yang tidak tahu bagaimana pelaburan mereka dijalankan ini kerana pelaburan ASB tidak mempunyai perunding atau agen yang menerangkan tentang bagaimana wang mereka yang dilaburkan. Pada tanggapan mereka, pelaburan amanah saham adalah seperti menyimpan wang semata-mata sama seperti menyimpan wang di bank dalam akaun simpanan biasa. Apa yang mereka tahu adalah cukup haul maka dapatlah dividen. 

Apa yang ada diminda masing-masing adalah untung sahaja tanpa memikirkan kerugian. Orang kita kalau fikir kerugian, fikir kekurangan tidak mahu tetapi semua mahu kebaikan, mahu untung, mau free dan mahu subsidi berbanding orang Cina...Mereka sanggup berdepan risiko untuk mengaut sejumlah keuntungan dan akhirnya bangsa ini terus maju meninggalkan bangsa Melayu. Kenapa ? Sebab kita masih duduk di zon selesa buat selamanya. Ingatlah seawal kejayaan adalah keluar dari Zon Selesa. Anda pasti berjaya dalam apa jua bidang termasuk bidang pelaburan.

Melalutlah pulak...ok kenapa Makcik Tipah tidak hilang duit di Pelaburan Unit Trust ?

Penubuhan dan operasi tabung unit amanah adalah tertakluk di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan garis panduan yang dipantau dari semasa ke semasa dan diuruskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, sebuah badan kawal selia untuk tabung unit amanah di Malaysia. Mengikut undang-undang, surat ikatan perlu didaftarkan pada Suruhanjaya Sekuriti dan perlantikan pengurus, pemegang amanah, pengurus pelaburan, lembaga pengarah, pegawai ketua eksekutif, ahli jawatankuasa pelaburan dan ahli jawatankuasa syariah perlu diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ianya satu pelaburan yang terjamin dan risiko sederhana. 

TRUSTEE

Mat Labur ada mengatakan adanya TRUSTEE duit para pelabur terjamin. Siapa Trustee dan apa peranan Trustee dalam Pelaburan Unit Trust. Kenapa Mat Labur dan saya sendiri mengatakan pelaburan unit trust adalah SELAMAT ? Jawapannya ialah adanya TRUSTEE atau dalam bahasa melayunya PEMEGANG AMANAH. Ringkasnya secara mudahnya kita boleh faham, entiti atau peranan Trustee ini adalah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Pelabur. Trustee menjaga kebajikan dan menjaga kepentingan para pelabur. 



Monday, April 15, 2013

Kenapa ada orang rugi dalam melabur Unit Trust ?

Untung dan rugi dalam pelaburan adalah perkara biasa. Pelaburan seperti perniagaan adakalanya untung, ceria, rugi dan suram. Ada naik ada turun tak selamanya naik tak selamanya turun. Antara sebab tertewasnya pelabur Unit Trust adalah seperti yang diceritakan oleh Mat Labur...



Jadi seperti yang dikatakan oleh Mat Labur sebab-sebab punca ada diantara pelabur yang mengalami kerugian selain apa yang dikatakan oleh Mat Labur, sebab pelabur mengalami kerugian adalah mendengar dari mereka yang mendakwa sebagai penasihat pelabur tetapi tidak mempunyai tauliah dari mana-mana organisasi. So jika anda perlukan khidmat nasihat pelaburan unit amanah. Bolehlah bertemu dengan saya.



Sunday, April 14, 2013

Kenapa Perlunya Mencipta Dana Pendidikan Anak ?


"Jangan Serahkan Dana Pendidikan Anak-Anak Kita Kepada PTPTN, MARA, JPA, dan Biasiswa. Ibu Bapalah Insan Yang Memainkan Peranan Paling Besar Dalam Menyediakan Dana Pendidikan Melalui Plan Pendidikan Anak Anda"


Daripada : R'Fazley R'Ley

RE: Rancang Misi Mencpta Dana Pendidikan Anak Kita Dari Sekarang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan ibu bapa sekalian.

Anak adalah segalanya. Bangun awal pagi dan bergegas ke tempat kerja. Bila balik, merekalah yang pertama ditatap. Susah payah kita dalam apa sahaja urusan mencari rezeki adalah untuk anak-anak supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Setiap ibu bapa pastinya menanam berbagai cita-cita tentang masa depan anak-anak. Segalanya berkaitan pendidikan anak. Tetapi, pernahkah anda bayangkan apa yang bakal dilalui oleh mereka pada masa yang akan datang?

Kenapa anda perlu menyimpan dan menyediakan plan pendidikan untuk anak anda ?

Perhatikan Fakta-fakta Berikut


Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.
Kos pendidikan semakin meningkat...Mampukah kita membiayainya. Jalan penyelesaian...


Perhatikan Fakta-fakta Berikut


Belum pun dapat kerja tetapi dah tanggung hutang. Tanggungjawab siapa menyediakan dana pendidikan anak...?

"Berikanlah pendidikan yang lebih baik kepada anak kamu kerana dia akan menghadapi ZAMAN yang LEBIH SUKAR dari ZAMAN kamu" - Umar R.A

Apakah Pilihan Pendidikan Tinggi yang anda inginkan untuk anak anda?

1) IPTA (Simpanan RM50K)
2) IPTS (Simpanan RM150K)
3) Luar Negeri (Simpanan RM500K)

Walau mana pun pilihan anda, anda tetap memerlukan sejumlah wang untuk memastikan anak-anak anda mendapat pendidikan terbaik. 

Dengan Pelan Takaful Pendidikan kami, anda boleh merancang pelan pendidikan anak-anak anda sejak mereka kecil lagi dan sehingga lah mereka menjejakkan kaki ke universiti pilihan.

Tapi tanpa sebarang perancangan, kemungkinan kesukaran mencari belanja untuk pendidikan anak-anak anda akan terjadi. Dan dari situ bermula lah sesi untuk memohon PTPTN dan dari situ jugalah anda telah pun memperkenalkan sesi berhutang kepada anak-anak anda. 

Di mana yang sepatutnya anda memperkenalkan kelebihan menyimpan kepada anak-anak dari usia muda mereka lagi.

Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah memulakan tindakan bijak dengan mula menyimpan di Plan Education Fund kami. 

Bantu anak-anak anda membina impian dan masa depan mereka. Segalanya bermula dari langkah pertama. Dan langkah pertama itu adalah dari anda sendiri.

PS: Setiap simpanan di dalam Pelan Pendidikan memboleh kan anda mendapat potongan cukai RM3000 setahun.


Saturday, April 13, 2013

Konsep Nilai Kini


Konsep nilai kini 

Selalunya, elok jika dipastikan nilai masa kini (sekarang) bagi jumlah masa depan wang. “Nilai kini” ialah nilai ringgit kini bagi satu jumlah masa depan, atau dengan kata lain, ia merupakan jumlah yang perlu dilaburkan sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam satu tempoh tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai kini disebut sebagai pendiskaunan, dan sebenarnya adalah kebalikan bagi faedah pengkompaunan. Proses ini ialah ciri utama dalam penilaian aset kewangan, contohnya, dalam menentukan nilai saham menggunakan analisis aliran tunai terdiskaun (DCF).
Pada dasarnya, nilai kini digunakan untuk menjawab soalan, “Jika saya boleh mendapatkan satu kadar pulangan tertentu, (katakan, r%) bagi wang saya, apakah jumlah paling banyak yang harus saya bayar bagi berpeluang menerima sejumlah wang (katakan, FVn ringgit), pada masa depan (katakan, tempoh n dari hari ini)?” Pendiskaunan bukan mencari nilai masa depan ringgit kini yang dilaburkan pada kadar faedah tertentu, sebaliknya pendiskaunan menentukan nilai kini bagi satu jumlah masa depan, dengan andaian bahawa pembuat keputusan itu berpeluang memperoleh sesuatu kadar pulangan, r% atas wang tersebut. Kadar pulangan ini biasanya disebut sebagai kadar faedah, kadar diskaun, kadar pulangan yang diperlukan, kos modal atau kos melepas.
Contoh
Anda berpeluang mendapat RM100, dua tahun dari sekarang. Apakah jumlah paling banyak yang anda perlu bayar, sekiranya anda boleh mendapat, katakan 6%, daripada pelaburan anda?
Untuk menjawabnya, kita perlu menentukan berapa ringgit perlu dilaburkan pada kadar 6% hari ini (terkompaun sekali setahun) untuk mendapat RM100 dalam masa dua tahun. Kita gunakan PV sebagai nilai kini, yang tidak diketahui jumlahnya, dan dengan menggunakan persamaan nilai masa depan, contoh ini boleh dikira seperti yang berikut:
PV x (1.06)2 = RM100
Dengan menyusun semula persamaan bagi mendapatkan jumlah PV, kita dapati jawapannya ialah RM89 (atau, RM100 dibahagi dengan 1.1236). Dengan kata lain, nilai kini sebanyak RM100 yang akan diterima dua tahun dari sekarang dengan peluang mendapat faedah sebanyak 6% ialah bersamaan dengan RM89 pada hari ini.
  • RM89 sekarang bersamaan dengan RM100, jika kita boleh mendapat pulangan sebanyak 6% bagi tempoh dua tahun (terkompaun secara tahunan).
Sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh di atas, kita boleh mendapatkan nilai kini dengan menyusun semula persamaan nilai masa depan. Oleh itu, persamaan nilai kini boleh dinyatakan begini:

PV = FVn / (1 + r)n
Dan, untuk itu, nilai kini dalam contoh ini dikira seperti di bawah:
PV = RM100 / (1 + 0.06)2 = RM89
Bagaimana nilai kini bagi sejumlah wang pada masa depan (FVn), katakanlah RM100, boleh ditingkatkan?
1)
Dengan menurunkan kadar faedah yang digunakan, nilai kini bagi satu jumlah masa depan boleh ditingkatkan. Dalam contoh di sini, jika kadar faedah yang digunakan ialah 5% (bukannya 6%), maka nilai kini bagi RM100 yang akan diterima dalam masa dua tahun lagi ialah sebanyak RM90.70 dan bukannya RM89. Ini dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.05)2.

2)
Nilai kini RM100 yang akan diterima akan menjadi lebih tinggi jika tempohnya dipendekkan. Dengan andaian kadar faedah tetap sama, (iaitu 6%), PV bagi RM100 yang akan diterima dalam masa satu tahun dari sekarang ialah sebanyak RM94.33, iaitu lebih tinggi berbanding bagi tempoh dua tahun (RM89). Ini boleh dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.06)1.
Perkaitan nilai kini (iaitu pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut.

Daripada carta di atas, kita boleh melihat perkara berikut:
  • Nilai kini bagi RM100 turun mengikut masa, sambil kadar faedah meningkat.
  • Pada kadar faedah yang sama (katakan, 5%) nilai kini bagi RM100 menurun ketika tempoh masa meningkat.
Sama dengan pengiraan nilai masa depan, nilai kini bagi satu jumlah boleh juga ditentukan menggunakan jadual faktor, dikenali sebagai jadual faktor faedah nilai kini (PVIF) – lihat Jadual 2 dalam Lampiran.
Jumlah nilai kini boleh dikira seperti berikut:
PV = FVn x PVIF (r%, n)
Penunjuk,
PV=nilai kini,
FVn=nilai masa depan,
PVIF (r%, n)=faktor faedah nilai kini, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.
Daripada jadual PVIF, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIF (r%, n); dalam contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n =2) ialah 0.89. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PV sebagai:
PV = 100 x 0.89 = RM89
Anuiti
Dalam bahagian sebelum ini, kita telah melihat konsep nilai kini dan nilai masa depan, yang membabitkan satu jumlah tunggal. Contohnya ialah nilai masa depan bagi RM100yang akan diterima dalam tempoh dua tahun dari hari ini terkompaun pada kadar 8% atau nilai kini RM100 dalam masa dua tahun, didiskaun pada 6%. Selain itu, penting juga melihat kepada situasi yang membabitkan lebih daripada jumlah tunggal. Contohnya, bagaimana hendak menentukan nilai kini RM100 yang akan diterima pada akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada akhir tahun kedua, dengan mengambil kira kesan nilai masa wang? Jumlah sama (RM100) yang akan diterima bagi setiap tempoh dikenali sebagai anuiti, iaitu aliran tunai yang sama dan berkala.
Contoh – nilai kini bagi anuiti 1
Nilai kini bagi sesuatu anuiti (PVA), RM100 yang akan diterima pada akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada tahun kedua, boleh ditentukan melalui pendiskaunan jumlah secara berasingan, pada kadar faedah yang bersesuaian.
1Andaian bahawa bayaran dilakukan pada penghujung tempoh. Bayaran yang sepatutnya diberi pada awal tempoh dikenali sebagai anuiti awal tempoh.
Dalam contoh ini, jika kita mengandaikan bahawa kadar faedah ialah 6%, maka nilai kini aliran tunai boleh dikira seperti yang berikut:
PVA
=
[RM100 / (1.06)1 ] + [ RM100 / (1.06)2]

=
RM94.33 + 89.0

=
RM183.33
Bagi memudahkan pengiraan, kita boleh juga menggunakan jadual anuiti faktor faedah masa kini (PVIFA) – lihat Jadual 3 dalam Lampiran.
Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
PVA = PMT x PVIFA (r%, n)
Penunjuk,
PVA
=
nilai kini anuiti,
PMT
=
bayaran sama,
PVIFA (r%, n)
=
faktor faedah nilai kini anuiti, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIFA, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIFA (r%, n); dalam contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.833. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PVA seperti ini:
PVA = 100 x 1.833 = RM183.3
Contoh – nilai masa depan anuiti
Nilai masa depan sesuatu anuiti (FVA) boleh juga ditentukan melalui pengkompaunan bayaran secara berasingan. Sebagai contoh, nilai masa depan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun pertama dan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun kedua, boleh digambarkan seperti yang berikut:

Dengan mengandaikan dalam contoh ini, bahawa kadar faedah ialah 8%, nilai masa depan anuiti boleh dikira seperti yang berikut:
FVA
=
RM100 x (1.08)1 + RM100

=
RM208
Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan jadual anuiti faktor faedah nilai masa depan (FVIFA) – Jadual 4 dalam Lampiran, untuk menentukan nilai masa depan bagi anuiti di atas.
Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
FVA = PMT x FVIFA (r%, n)
Penunjuk,
FVA=anuiti nilai masa depan,
PMT=bayaran sama,
FVIFA (r%, n)=faktor faedah nilai masa depan anuiti, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.
Daripada jadual FVIFA, pertama sekali perlu ditentukan faktor bagi FVIFA (r%, n); dalam contoh di sini, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 2.08. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira FVA sebagai:
FVA = 100 x 2.08 = RM208

Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan, pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian, contohnya, dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) – nilai masa depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah – nilai masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap.
Ringkasan - Nilai Masa Wang
  • Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam menganalisis pelaburan ialah konsep nilai masa wang.
  • Nilai jumlah kini pada masa depan, ditemui dengan pengaplikasian faedah kompaun (atau pengkompaunan) mengikut masa, dikenali sebagai nilai masa depan. Nilai masa depan bagi sesuatu pelaburan, boleh ditingkatkan dengan 1) memperoleh kadar faedah lebih tinggi; dan/atau 2) melabur bagi satu tempoh yang lebih lama.
  • Pengkompaunan yang lebih kerap, contohnya setiap suku tahun dan bukannya setahun sekali, boleh juga meningkatkan nilai masa depan bagi sesuatu jumlah.
  • Nilai kini ialah nilai masa kini ringgit bagi sesuatu jumlah masa depan, dan ditemui melalui proses yang dikenali sebagai pendiskaunan. Nilai kini bagi sesuatu jumlah masa depan boleh ditingkatkan melalui 1) merendahkan kadar faedah yang diperoleh; 2) dan/atau memendekkan tempoh masa.
  • Anuiti ialah aliran tunai yang sama dan berkala. Nilai kini dan nilai masa depan bagi sesuatu anuiti boleh ditentukan menggunakan jadual faktor faedah masing-masing (PVIFA dan FVIFA).
  • Konsep anuiti penting dalam celik kewangan kerana kita akan menemuinya ketika membuat simpanan persaraan, dan pelunasan pinjaman perumahan.

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.