Kenapa perlunya merancang Pelan Kewangan ?
Bijak pandai pernah berkata, gagal merancang bermakna merancang untuk gagal. Persoalannya berapa ramai dikalangan kita yang tahu dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan.
Adakah kita perlu menjadi pakar dalam pengurusan kewangan ? Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang kewangan. Apa yang anda perlu tahu adalah darimana wang anda masuk, kemana wang anda keluar, bagaimana anda nak mengekalkan sebahagian kewangan anda dan kemana halatuju wang anda mahu digunakan pada masa hadapan. Kalau pun anda tidak mahu menjadi pakar kewangan sekurang-kurangnya anda tahu pergerakan wang anda.
Anda dapat mentadbir wang anda dengan baik apabila anda mempelajari bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak dan cermat. Antara tips yang boleh anda gunakan adalah seperti
- Mengetahui apa yang hendak dibuat dengan wang yang anda dapat iaitu dari pendapatan, komisen, elaun dan sebagainya. Apakah perancangan anda ?
- Mengetahui ke mana perginya wang anda setiap bulan
- Kenalpasti tabiat anda berbelanja
- Membentuk rancangan perbelanjaan yang cermat
- Berbelanja dengan berhemat
- Menyimpan sedikit wang untuk simpanan masa depan

0 comments:
Post a Comment