"Jangan Serahkan Dana Pendidikan Anak-Anak Kita Kepada PTPTN, MARA, JPA, dan Biasiswa. Ibu Bapalah Insan Yang Memainkan Peranan Paling Besar Dalam Menyediakan Dana Pendidikan Melalui Plan Pendidikan Anak Anda"
Daripada : R'Fazley R'Ley
RE: Rancang Misi Mencpta Dana Pendidikan Anak Kita Dari Sekarang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan ibu bapa sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan ibu bapa sekalian.
Anak adalah segalanya. Bangun awal pagi dan bergegas ke tempat kerja. Bila balik, merekalah yang pertama ditatap. Susah payah kita dalam apa sahaja urusan mencari rezeki adalah untuk anak-anak supaya menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Setiap ibu bapa pastinya menanam berbagai cita-cita tentang masa depan anak-anak. Segalanya berkaitan pendidikan anak. Tetapi, pernahkah anda bayangkan apa yang bakal dilalui oleh mereka pada masa yang akan datang?
Kenapa anda perlu menyimpan dan menyediakan plan pendidikan untuk anak anda ?
Perhatikan Fakta-fakta Berikut

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.
Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Kos pendidikan semakin meningkat...Mampukah kita membiayainya. Jalan penyelesaian...
Perhatikan Fakta-fakta Berikut




Belum pun dapat kerja tetapi dah tanggung hutang. Tanggungjawab siapa menyediakan dana pendidikan anak...?
"Berikanlah pendidikan yang lebih baik kepada anak kamu kerana dia akan menghadapi ZAMAN yang LEBIH SUKAR dari ZAMAN kamu" - Umar R.A
Apakah Pilihan Pendidikan Tinggi yang anda inginkan untuk anak anda?
1) IPTA (Simpanan RM50K)
2) IPTS (Simpanan RM150K)
3) Luar Negeri (Simpanan RM500K)
Walau mana pun pilihan anda, anda tetap memerlukan sejumlah wang untuk memastikan anak-anak anda mendapat pendidikan terbaik.
Dengan Pelan Takaful Pendidikan kami, anda boleh merancang pelan pendidikan anak-anak anda sejak mereka kecil lagi dan sehingga lah mereka menjejakkan kaki ke universiti pilihan.
Tapi tanpa sebarang perancangan, kemungkinan kesukaran mencari belanja untuk pendidikan anak-anak anda akan terjadi. Dan dari situ bermula lah sesi untuk memohon PTPTN dan dari situ jugalah anda telah pun memperkenalkan sesi berhutang kepada anak-anak anda.
Di mana yang sepatutnya anda memperkenalkan kelebihan menyimpan kepada anak-anak dari usia muda mereka lagi.
Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah memulakan tindakan bijak dengan mula menyimpan di Plan Education Fund kami.
Bantu anak-anak anda membina impian dan masa depan mereka. Segalanya bermula dari langkah pertama. Dan langkah pertama itu adalah dari anda sendiri.
PS: Setiap simpanan di dalam Pelan Pendidikan memboleh kan anda mendapat potongan cukai RM3000 setahun.

0 comments:
Post a Comment