Terdapat beberapa cara untuk melabur unit amanah antaranya ialah :-
- Melabur terus di pejabat syarikat atau cawangan bank
- Melalui Perunding Unit Amanah Berlesen / Penasihat Kewangan yang bertauliah
- Menerusi Internet - mana-mana bank online
Terima kasih.
Saya berani katakan anda tidak akan rugi jika anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam pelaburan dan mendengar nasihat dari mereka yang bertauliah.
Jika saya boleh buktikan bahawa anda tidak akan rugi dalam pelaburan Unit Trust setujukah anda...
Jika saya mahu menebus pelaburan RM3000 berapakah unit pelaburan yang perlu saya jual...
Jumlah Unit terkini adalah :- 20,000 unit
Harga semasa : RM0.56
Jumlah RM yang mahu dikeluarkan adalah RM3000.
Berapakah unit yang sepatutnya saya mahu jual pada harga NAB seunit semasa.
= RM3000 / RM0.56
= 5,357 unit dari 20,000 unit...
baki unit yang tinggal :- 14,643 unit.
Sebelum anda membaca post ini lebih baik rujuk atau baca
post ni dulu...
Penebusan atau jual balik unit dikira pada NAB seunit sama seperti pembelian unit. Tiada caj belian balik dikenakan kepada para pelabur. Bagaimanakah caranya...?
Encik Ahmad mahu menjual balik 20k unit yang telah dibelinya beberapa tahun dulu...Beliau menyerahkan jualan balik pada cawangan PM. Jika harga seunit NAB naik sebanyak RM0.56. Maka encik Ahmad telah mengalami keuntungan begitulah juga sebaliknya. Contoh pengiraan:-
Bilangan Unit Semasa : 20,000 unit x harga semasa NAB seunit
= 20,000 unit x RM0.56
= RM11,200
Keuntungan : Pelaburan Semasa - Modal Pelaburan
= RM11,200-RM10,000
= RM1,200
Peratusan Keuntungan : 12% (Pertumbuhan Modal)
Senario
Ahmad : Bagaimana pengiraan harga dibuat ?
Fazley : Belian/Jualan Unit disebut dan diurusniaga pada HARGA TUNGGAL. Iaitu pada NAb seunit dana. Maksudnya anda akan nampak satu harga sahaja dalam proses beli/jual sebagai rujukan. Sebagai contoh jika hari itu NAB bagi sebuah dana ABC berjumlah RM 0.50 NAB Seunit. Sama ada anda mahu beli/jual anda mengikut harga tersebut. Maksudnya tiada lagi harga jual RM0.50 dan harga beli RM0.60
Ahmad : Adakah sebarang caj dikenakan ?
Fazley : Ya, Caj perkhidmatan dan caj belian balik (jika ada) akan dikenakan ke atas belian dan jualan unit oleh pelabur. Caj tersebut tidak akan dimasukkan ke dalam harga sebutan dana yang RM0.50 ianya dikiran dan dicaj berasingan tetapi anda tidak perlu membayarnya ianya telah ditolak dari pelaburan anda.
Ahmad : Berapa Caj perkhidmatan yang dikenakan ?
Fazley : Untuk pelaburan Tunai sebanyak 5.5% dikenakan kepada pelaburan dan untuk pelaburan Tanpa Tunai EPF/KWSP sebanyak 3% dikenakan. Ini adalah kos pengurusan wang anda.
Ahmad : Saya hendak melabur RM10,000 berapakah jumlah unit pelaburan yang saya beli?
Fazley : Dengan mengandaikan pada 19 Julai 2013 , anda melabur sebanyak RM10,000 dalam salah satu dana kami. Berikut adalah pengiraannya
Maklumat pelaburan :
Initial Investment : RM10,000
Caj Pekhidmatan : 5.5%
NAB Seunit : RM0.50
Unit Pelaburan : RM10,000 / RM0.50 = 20,000 unit
Caj Perkhidmatan Seunit : RM0.50 x 5.5% = RM 0.02750000
Jumlah Caj Perkhidatan yang ditanggung oleh Pelabur : RM0.0275 x 20K unit = RM550
Jumlah yang sepatutnya dibayar ialah : RM10,000 + RM550 = RM10,550
//Ianya akan ditolak dari amaun pelaburan anda. Anda tidak perlu membayar sebarang bayaran tambahan.
Untuk maklumat lanjut...Anda boleh menghubungi saya...Jangan membuai spekulasi sendiri bertanya kepada mereka yang arif dalam bidang ini. Jangan main dengar-dengar...
Bagaimanakah NAB Seunit ditentukan ?
NAB diperolehi dengan membahagi NAB dana dengan bilangan unit yang diterbitkan.
Cth 1 : Pengiraan NAB seunit
DANA PI** pada Hari Urus Niaga 19 Julai 2012
Jumlah NAB (RM) 2,505,250,000
UDE (unit) 5,010,500,000
NAB Seunit (RM) 0.50000000 (Jumlah NAB / UDE)
Harga hadapan untuk kedua-dua Urusniaga Belian dan Jualan
Urusniaga Belian / Jualan didagangkan pada HARGA DITENTUKAN berikutnya. Urusniaga dilakukan oleh pelabur untuk membeli unit dana akan dilakukan pada harga yang ditentukan berikutnya, ia akan dikira berdasarkan Titik Penilaian berikutnya selepas permohonan untuk membeli unit diterima dan diluluskan oleh Pengurus. Begitu juga untuk urus niaga jualan atau penebusan balik unit oleh pelabur. Juga akan dilakukan apda harga yang ditentukan oleh titik penilaian selepas permohonan belian balik oleh Pengurus.
Pengurus mempunyai hak untuk meminda, mengubah atau mengkaji semula had yang dinyatakan di atas atau nilai ambang dari semasa ke semasa.
Sebelum penentuan harga seunit ditentukan terlebih dahulu kita mengetahui istilah yang dinamakan Titik Penilaian (TP).
Apakah yang dinamakan TP ?
TP merujuk kepada sesuatu masa pada hari Urus Niaga yang ditentukan oleh Pengurus di mana Nilai Unit Bersih (NAB) dana dikira.
Bagaimanakah caranya TP bekerja ?
Dana Pelaburan Asing dikira selepas Bursa Securities di tutup untuk urus niaga pada hari tersebut.
Dana Tanpa Pelaburan Asing dikira setiap Hari Urus Niaga pada waktu penutupan Bursa Securities.
Kenapa TP untuk pelaburan asing dikira selepas Bursa Securities ditutup ?
Perbezaan zon masa antara negara
Syaratnya : Tidak melebihi jam 9 pagi (atau waktu yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa) pada keesokkan harinya di mana Pengurus dibuka untuk perniagaan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut...Terima Kasih...
Sebelum menentukan harga seunit dana terlebih dahulu kita mengetahui apa yang dikatakan dengan Titik Penilaian.
Apakah Titik Penilaian (TP) itu ?
TP merujuk kepada sesuatu masa pada hari urusniaga yang ditentukan oleh Pengurus di mana Nilai Aset Bersih (NAB) dana dikira.
Bilakah TP diguna pakai ?
Jika dana tersebut TANPA pelaburan asing , penilaian NAB dana dilakukan setiap Hari Urus Niaga pada waktu penutupan Bursa Securities.
Jika dana tersebut mempunyai pelaburan asing, penilaian NAB dana dilakukan selepas Bursa Securities ditutup untuk urusniaga pada hari tersebut.
Mengapa untuk pelaburan asing, pengiraan atau penilaian NAB dana dilakukan selepas Bursa Securites ditutup?
Ini kerana beberapa pasaran asing ada diantaranya dana tersebut belum lagi ditutup. Ini disebabkan perbezaan zon masa negara tersebut. Oleh demikian , TP adalah selepas Bursa Securites ditutup tetapi tidak melebihi jam 9 pagi (atau waktu yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa_ pada keesokkan harinya dimana Pengurus dibuka untuk perniagaan
Sumber : Master Prospektus
Berminat hubungi saya 0168151321
PENAFIAN
Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.