Friday, February 1, 2013

Bagaimana harga seunit ditentukan ?

Sebelum penentuan harga seunit ditentukan terlebih dahulu kita mengetahui istilah yang dinamakan Titik Penilaian (TP).

Apakah yang dinamakan TP ?

TP merujuk kepada sesuatu masa pada hari Urus Niaga yang ditentukan oleh Pengurus di mana Nilai Unit Bersih (NAB) dana dikira.

Bagaimanakah caranya TP bekerja ?

Dana Pelaburan Asing dikira selepas Bursa Securities di tutup untuk urus niaga pada hari tersebut.

Dana Tanpa Pelaburan Asing dikira setiap Hari Urus Niaga pada waktu penutupan Bursa Securities.

Kenapa TP untuk pelaburan asing dikira selepas Bursa Securities ditutup ?

Perbezaan zon masa antara negara

Syaratnya : Tidak melebihi jam 9 pagi (atau waktu yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa) pada keesokkan harinya di mana Pengurus dibuka untuk perniagaan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut...Terima Kasih...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.