Bagaimanakah NAB Seunit ditentukan ?
NAB diperolehi dengan membahagi NAB dana dengan bilangan unit yang diterbitkan.
Cth 1 : Pengiraan NAB seunit
DANA PI** pada Hari Urus Niaga 19 Julai 2012
Jumlah NAB (RM) 2,505,250,000
UDE (unit) 5,010,500,000
NAB Seunit (RM) 0.50000000 (Jumlah NAB / UDE)
Harga hadapan untuk kedua-dua Urusniaga Belian dan Jualan
Urusniaga Belian / Jualan didagangkan pada HARGA DITENTUKAN berikutnya. Urusniaga dilakukan oleh pelabur untuk membeli unit dana akan dilakukan pada harga yang ditentukan berikutnya, ia akan dikira berdasarkan Titik Penilaian berikutnya selepas permohonan untuk membeli unit diterima dan diluluskan oleh Pengurus. Begitu juga untuk urus niaga jualan atau penebusan balik unit oleh pelabur. Juga akan dilakukan apda harga yang ditentukan oleh titik penilaian selepas permohonan belian balik oleh Pengurus.
Pengurus mempunyai hak untuk meminda, mengubah atau mengkaji semula had yang dinyatakan di atas atau nilai ambang dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment