Thursday, March 21, 2013

Berapa Minimum?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya ni.

Post kali ini saya ingin menjawab kepada pertanya yang sering ditanya kepada saya...

"Berapa minimum pelaburan yang boleh saya buat..."

Adakah betul apa yang saya dengar ni atau silap dengar kot...kenapa tak tanya ...

"Berapa maksimum keuntungan pelaburan yang boleh saya buat dengan melabur disini ?"

Rasanya itu jawapan yang betul tapi tidak tepat... so balik kepada soalan diatas tadi..."Berapa minimum saya boleh melabur"...Apakah jawapan yang perlu saya katakan jika anda berada diposisi saya...

Biasanya saya akan menjawab dengan soalan juga...Jika anda mahu pergi ke Kota Kinabalu dari Sandakan dengan menaiki kereta Proton Saga berapakah sepatutnya yang anda perlu isi untuk tangki minyak anda? Mungkin ada yang menjawab penuh RM50-RM80 baru akan sampai ke Kota Kinabalu yang memakan masa selama 7 jam tengok kelajuan seseorang itu. Semakin laju semakin cepatlah sampai semakin banyaklah minyak kereta dipakai.

Untuk sampai ke Kota Kinabalu anda perlu mengisi RM50 ke RM80. Boleh tak saya isi minimum RM10 untuk sampai ke Kota Kinabalu ? Cuba anda fikirkan ? Apakah perkaitan dengan soalan diatas...Berapakah minimum pelaburan...? Perkaitannya, Kota Kinabalu adalah destinasi yang anda akan tuju. Sandakan adalah dimana anda sekarang. Kenderaan adalah tools untuk anda sampai ke destinasi dituju dan minyak adalah sebagai pelengkap / kaedah untuk tools (kereta) tersebut berfungsi atau memainkan peranannya. Manakala bagi masa perjalanan adalah tempoh perjalanan sampai ke destinasi tersebut. Terpulang kepada anda mahu sampai cepat atau tidak. Jika anda mahu sampai cepat anda bakal berdepan risiko kemalangan, saman dari pihak berkuasa dan sebagainya. Jik anda lambat anda bakal berdepan risiko kelewatan untuk sampai ke destinasi dituju. Apapun paling penting dimana anda bermula bila anda bermula dan bagaimana anda bermula, apakah kenderaaan yang perlu anda bawa...Bagaimana analogi ini boleh diguna pakai untuk memberitahu pelaburan...Bersama kita fikirkan...?


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.