Gempak, Sure Heboh, 3 hari 3 malam, kompang bertalu-talu dibunyikan,nyanyian dari band dan karoake jiran sebelah memecah kesunyian malam. Kelihatan dua merpati sejoli sedang disandingkan di pelamin impian bertahun-tahun lamanya. Fuhhh bagai pinang dibelah kapak. Si Lelaki segak bergaya dan Si Perempuan cantik,anggun lagi menawan dilengkapi dengan busana pengantin yang menampakkan kemewahan kedua-dua mempelai ini. Senyuman dari kedua-dua raja sehari ni tidak putus-putus sambil kedengaran ketawa kecil dari kedua-duanya apabila upacara suap-menyuap pada acara santapan malam itu. Rasanya berapalah agaknya wang yang dibelanjankan untuk mengadakan majlis yang besar-besaran ini.RM oh RM...Jika mampu bolehlah buat gempak sanding peraga kemewahan,bagi yang tak mampu buatlah alah kadar setakat akad nikah pun jadiklah tapi rugilah kan sebab ialah hari bersejarah kalau tak buat gempak camna orang nak labelkan Majlis Perkahwinan Paling Gempak Tahun Ini. "Title" itu yang penting. NAnti siapa yang bangga orang kampung heboh pasal majlis anda.Fuhhh memang akan dikenang sampai bila-bila lambat laun perkahwinan gempak menjadi trend, siapa yang tak buat grand maka akan dicoplah sebagai kedekut atau takder modal atau paling teruk lagi kahwin ***** . Oleh itu mahu tak mahu maka di pasangan pengantin atau ibubapa pengantin terpaksa ler berhutang dengan ceti atau bagi yang kerajaan bolehlah membuat Personal Loan dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat sedia membantu anda walau gaji anda RM600 sekalipun anda layak untuk mendapat pinjaman melebihi gaji tahunan anda. Takper nanti boleh bayar pelan-pelan. Janji jangan kalah malu.
Begitulah senario yang berlaku kepada rakyat Malaysia berbelanja besar apabila mengadakan majlis perkahwinan, terutamanya di bandar. Ibubapa pengantin merasakan mereka perlu berbuat demikian demi untuk menjamu dan memuaskan hati tetamu yang datang. Alasan sedekah amal jariah. Perkahwinan sememangnya dianggap adat dan bukannya sebagai tuntutan agama lagi. Tuntutan agama hanya menyatukan kedua-duanya agar dapat menghalalkan yang haram. Tapi perlaksanaan untuk walimatulurus sudah melebihi dari tuntutan, seolah-olah menjadi adat bahawa majlis tersebut hendaklah dibuat besar-besaran. Pepatah Melayu lama ada mengatakan "biar mati anak jangan mati adat" yuppp betullah tu lambat laun anak juga kena menanggung hutang tersebut. Berikut adalah perbelanjaan yang perlu ada dalam majlis perkahwinan hari ini. Sekarang anda cuba semak mana yang tak perlu.
- Adat resam
- Belanja kahwin (hantaran,mas kawin)
- Kenduri Kahwin 2 malam 3 hari.
- Sewa Perabot
- Sewa Pakaian
- Sewa Khemah
- Sewa JuruFoto dan JuruVideo
- Bergambar Studio
- Sewa Set Karoake / Band Musik
- Sewa Kumpulan Kompang
- Mak Andam
- Perunding Perkahwinan
- Sewa bas, Kapal Terbang
- Wajarkah seseorang itu membelanjakan duit beribu-ribu untuk belanja kahwin yang hanya memakan masa 3 hari sahaja dan selepas itu orang akan melupakannya.
- Perlukah bakal pengantin tersebut berhutang demi memenuhi adat budaya serta tuntutan masyarakat untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka menjadi havoc?
- Cukupkah simpanan anda untuk berkahwin bagi mereka yang masih bujang?
p/s: Nak dapatkan tips bagaimana mencapai permintaan bakal mertua anda.Hubungi saya ditalian 0168151321 atau email sahaja.
0 comments:
Post a Comment