Sebelum anda melabur anda perlu tahu apakah ciri-ciri pelaburan unit amanah. Apakah istilah-istilah yang selalu diguna pakai oleh para pelabura unit amanah.
Apa maksud melabur unit amanah ?
Melabur unit amanah pada hakikatnya adalah membeli unit dalam sesuatu skim pelaburan yang diuruskan oleh pelabur profesional.
Tahukah anda mengapa harga setiap unit amanah berbeza-beza ? Sebagai contoh adakah dana yang harganya murah lebih baik dari harga yang mahal ? Bagaimana harga ini ditentukan ?
Sebenarnya harga unit amanah tidak memberikan sebarang maksud khusus dari segi perbandingan antara satu unit amanah dengan yang lain. Unit amanah berharga 0.28 sen bukannya lebih murah daripada unit amanah yang dijual pada harga 0.55 sen. Harga yang anda perhatikan dalam akhbar atau laman web pengurus dana adalah sebenarnya melihat Nilai Aser Bersih (NAB) atau Net Asset Value (NAV) seunit sesuatu unit amanah.
Harga = NAB Seunit
Apakah yang dimaksudkan dengan Aset Bersih ?
Aset Bersih ialah semua aset yang ada pada dana, di tolak segala liabiliti dana. Aset ini merangkumi segala pelaburan yang dimiliki, contohnya saham, bon, sukuk, instrumen pasaran wang dan juga tunai dibahagikan dengan bilangan unit yang dijual kepada pelabur. Formula ringkasnya dapat ditunjukkan seperti dibawah:-
Nilai Aset Bersih Seunit = NAB / Bilangan Unit Dalam Edaran
Contoh Pengiraan.
Dana A mempunyai aset bersih berjumlah RM50 juta dan ada 70 juta unit saham ditangan pelabur...jadi NAB seunit ialah :-
NAB Seunit = RM50 Juta / 70 juta unit = 0.7143 sen
Apa kaitan NAB dengan pelaburan ?
Apabila sesuatu unit amanah baru dilancarkan dan tawaran dibuat kepada pelabur untuk melabur di dalam dana ini, semua aset adalah dalam bentuk tunai. Wang yang dikumpulkan akan dilaburkan mengikut cara dan peruntukan dalam prospektus. Peruntukan ini akan berubah-ubah selagi tidak melepasi had yang ditetapkan, bergantung kepada keadaan pasaran. Harga unit amanah yang anda beli mewakili Nilai Aset Seunit yang anda miliki dalam dana tersebut.
NAB adalah asas bagi pengiraan untung rugi pelaburan anda.
Maklumat lanjut sila hubungi

0 comments:
Post a Comment