Friday, March 15, 2013

Bagaimana saya nak tahu tentang Pelaburan Unit Trust ?

Assalamu'alaikum wbt.

Bila disebut sahaja kitab, pasti anda akan tertanya-tanya.Wah ada kitab juga Unit Amanah ni. Dari segi bahasa kitab itu adalah buku. So takde salahnya menggunakan istilah tersebut. More kepada gimix.

Kepada para pelabur diluar sana, sebelum anda berkira-kira untuk melabur. Saya menyarankan anda "khatam" dulu kitab panduan Unit Amanah ni terlebih dahulu. Cuba baca dan fahami keseluruhan kitab ini. Kitab yang saya maksudkan ini adalah tak lain dan tak bukan adalah berkaitan dengan Prospektus Induk. Dalam bicara kali ini saya menfokuskan kepada Prospektus Induk untuk dana siri Public berlandaskan Syariah. Sebelum anda membacanya terlebih dahulu kenalah bertanya atau dapat khidmat nasihat dari penasihat profesional anda khususnya Perunding Unit Amanah yang memberikan kitab ini kepada anda untuk dibaca. Kenalah cari guru dulu baru boleh belajar. Nanti kalu takde guru ibarat berguru dengan Syaitan yang direjam.

Apa yang harus anda tahu tentang Prospektus? Anda akan diajar untuk memahami prospektus tersebut sehingga anda faham, insyaAllah,itupun bergantung kepada anda. Jadi saya akan pecahkan beberapa sesi pembelajaran.

  1. Muka depan kulit depan Prospektus (Kenali dulu)
  2. Pendahuluan
  3. Glosari Istilah / SIngkatan
  4. Ciri-ciri penting dana
  5. Tentang dana amanah saham
  6. Maklumat terperinci tentang dana
  7. prestasi dana
  8. sorotan kewangan bersejarah dana
  9. memulakan pelaburan dengan public mutual
  10. maklumat urus niaga
  11. Yuran caj dan belanja
  12. Pengurus
  13. Pemegang Amanah
  14. Penasihat Syariah
  15. Syarat penting surat ikatan (Deed)
  16. Percukaian ke atas dana dan pemegang unit
  17. rangkaian pejabat cawangan public mutual
  18. rangkaian pejabat agensi public mutual

Anda haruslah sentiasa tekun dan sabar dalam menuntut ilmu.
Nabi Muhammad ada menyebut, "Sesiapa yang mahukan dunia, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mahukan akhirat, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mahukan dunia dan akhirat dia juga perlu berilmu"

ORANG MISKIN BEKERJA UNTUK WANG MANAKALA ORANG KAYA MENJADIKAN WANG BEKERJA UNTUK MEREKA

Memerlukan khidmat nasihat bagaimana merancang kewangan dengan pelaburan Unit Amanah atau Perlindungan Takaful hubungi saya R'Fazley 0168151321 untuk membuat temujanji.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.