Asal Urusan adalah Harus
Asal urusan kewangan dan segala syarat yang berkaitan dengannya, adalah harus. Mana-mana aspek yang berkaitan dengannya tidak boleh diharamkan kecuali mesti berdasarkan kepada nas, berlainan dengan urusan ibadah, asalnya adalah haram.
Mana-mana aspek urusan kewangan tidak boleh disyariatkan kecuali dibawah oleh syarak. Ibadah kepada Allah tidak boleh dilakukan dalam bentuk yang tidak disyariatkan olehNYA.
Tujuan Urusan Kewangan
Syariah tidak datang kecuali untuk merealisasikan maslahah-maslahan para hamba dan bukannya untuk menyempitkan dan memudaratkan kehidupan mereka.
Prinsip-prinsip umum berkaitan dengan urusan kewangan menurut Islam ialah seperti :-
- Asal urusan adalah harus
- Urusan kewangan bertujuan merealisasikan maslahah hamba
- Menawarkan barangan pengguna dengan harga yang paling murah
- Tidak campurtangan di dalam perkara yang tidak disyariatkan
- Tidak memonopoli hajat orang ramai
- Mempermudahkan dan bertoleransi
- Benar dan Amanah
- Menjauhkan diri dari Gharar
- Menepati Kontrak
- Menekuni Kerja
Maklumat lanjut sila hubungi

0 comments:
Post a Comment