Friday, April 5, 2013

Bagaimana mengukur pulangan ?


Bagaimana mengukur pulangan?
Dalam pelaburan, penting untuk membezakan antara pulangan dijangka dan pulangan diperoleh.
Pulangan dijangka ialah pulangan yang dijangkakan daripada sesuatu pelaburan tertentu untuk satu tempoh masa. Pulangan diperoleh pula merupakan pulangan sebenar yang diperoleh daripada pelaburan tersebut dan jumlahnya mungkin lebih atau mungkin kurang daripada pulangan dijangka.
Seorang pelabur, sebagai contoh, yang melabur dalam saham atau stok pada dasarnya tidak membelanjakan pulangan yang diperolehnya bagi menghimpun lebih banyak wang (supaya dia dapat berbelanja lebih pada masa depan). Pulangan daripada pelaburan ini mungkin dalam bentuk–
1)
dividen, dan/atau
2)
perubahan dalam harga saham (sama ada positif atau negatif) – juga dikenali sebagai untung modal (atau rugi). Ini diukur dalam bentuk kadar pulangan daripada pelaburan (dinyatakan dalam peratus).
Contoh mengira kadar pulangan pelaburan 
Jika anda melaburkan RM100 dalam saham pada awal tahun, dan mendapat semula RM150 pada penghujung tahun, apakah pulangan diperoleh bagi tempoh tersebut? Tempoh anda memiliki saham itu dikenali sebagai tempoh pemegangan dan pulangan bagi tempoh tersebut dikenali sebagai pulangan tempoh pemegangan (HPR).
Pulangan tempoh pemegangan (HPR) boleh dikira seperti yang berikut:
HPR
=
Nilai akhir pelaburan/Nilai awal pelaburan

=
RM150 / RM100

=
1.5
Nilai HPR sebanyak 1.5 menunjukkan bahawa kedudukan kewangan anda telah meningkat, dan anda telah memperoleh pulangan positif bagi pelaburan anda bagi tempoh tersebut. Perhatikan bahawa nilai HPR sentiasa lebih besar daripada kosong (dan tidak mungkin menjadi negatif) – ini sekiranya anda tidak mungkin kerugian melebihi apa yang dilaburkan.
Secara umumnya pelabur lebih selesa menilai pulangan pelaburan mereka dalam bentuk peratus. Oleh itu, HPR boleh juga can dikatakan sebagai kadar peratusan tahunan, dan ini dikenali sebagai kadar hasil tempoh pemegangan (HPY).
Kadar hasil tempoh pemegangan (HPY) dikira seperti yang berikut:
HPY
=
HPR - 1

=
1.50 - 1

=
0.5 or 50%
Dalam contoh ini, kadar pulangan daripada pelaburan dalam saham ialah 50% mengikut tempoh pemegangan. Jika tempoh pemegangan lebih lama dari satu tahun (atau kurang dari satu tahun), kita boleh mengira HPR tahunan.
HPR tahunan = HPR1/n
Oleh itu, jika anda melabur dalam saham di atas selama dua tahun sebelum menjualnya pada harga RM150, kadar pulangan tahunan ialah 22.4%. Sebagai alternatif, jika saham itu dipegang selama enam bulan sahaja, kadar pulangan tahunan ialah 125% yang dikira seperti berikut:
HPR
=
1.5 (n = 0.5)
HPR tahunan
=
1.51/0.5

=
2.25
HPY tahunan
=
2.25 - 1

=

1.25 atau 125%

Perlu diberi perhatian bahawa dalam penggunaan HPY, kita mengandaikan bahawa hasil tahunan yang berterusan bagi setiap tahun – untuk contoh enam bulan; kita andaikan bagi enam bulan kedua, kita boleh memperoleh kadar pulangan yang sama bagi pelaburan sebagaimana yang diperoleh dalam enam bulan pertama (iaitu terkompaun sebanyak 50%).

Sumber :-SIDC

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.