Thursday, April 4, 2013

Mengapa Anda Melabur ?

Jawapan mudah ialah untuk memperoleh lebih banyak wang, iaitu untuk menjadikan wang simpanan mereka bertambah nilai. Bagi mencapai matlamat ini, pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai proses pelaburan, asas dalam membuat keputusan pelaburan dan juga teknik asas dalam menganalisis pelaburan.
Proses membuat keputusan pelaburan termasuklah mengambil kira ciri asas dalam keputusan pelaburan. Bagaimana pelabur memutuskan sama ada hendak melabur atau tidak dalam sesuatu saham tertentu? Secara purata, saham menghasilkan pulangan lebih tinggi berbanding simpanan tetap atau bon. Tetapi, adakah pelabur perlu melaburkan semua wang mereka dalam saham untuk mendapatkan pulangan yang tinggi? Atau perlukah mereka mempelbagaikan pelaburan dan melabur dalam aset lain seperti bon dan derivatif?
Jawapannya terletak pada hakikat bahawa, untuk mendapat pulangan tinggi, pelabur mesti menanggung tahap risiko yang lebih tinggi. Oleh itu, asas bagi semua keputusan pelaburan ialah pengimbangan antara risiko dan pulangan – lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan.
Untuk itu, ketika membuat keputusan pelaburan, pelabur patut menimbangkan tentang risiko dan ganjaran yang terbabit.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Laman ini adalah untuk berkongsi rasa, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika anda menggunakan sebarang maklumat untuk kepentingan diri anda. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami berdasarkan penggunaan maklumat di dalam blog ini. Harap maklum.