Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah terkompaun bagi satu tempoh masa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun, yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripada deposit tertentu (faedah) menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telah ditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar faedah. Bezakan ini dengan faedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas jumlah prinsipal sahaja.
Contoh
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh faedah 8% setahun selama dua tahun.
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh faedah 8% setahun selama dua tahun.
Faedah Ringkas: Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah sebanyak RM16, iaitu RM8 pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada penghujung tahun kedua. Oleh itu, nilai masa depan RM100 pada akhir tahun pertama ialah RM108, dan RM116 pada akhir tahun kedua

Faedah terkompaun: Jumlah faedah yang diperoleh pada akhir dua tahun itu adalah sebanyak RM16.64 iaitu RM8 pada akhir tahun pertama, dicampurkan dengan RM8.64 pada tahun kedua. Perbezaan faedah bagi tahun kedua ialah disebabkan faedah 8% dikenakan ke atas prinsipal (RM100) dan faedah yang diperoleh pada tahun pertama (RM8). Oleh itu, nilai masa depan bagi RM100 ialah RM116.64, jika faedah terkompaun diaplikasikan.

Berdasarkan senario ini, tidak sukar memahami mengapa satu pelaburan kecil yang dibuat pada hari ini, boleh menjadi satu pulangan yang banyak pada masa akan datang, disebabkan kuasa faedah terkompaun dan masa. Pengiraan umum yang boleh digunakan untuk menentukan nilai masa depan sesuatu jumlah pada akhir suatu tempoh tertentu ialah:
FVn = PV x (1 + r)n
Penunjuk,
FVn = nilai masa depan
PV = nilai kini,
r = kadar faedah, dan
n = tempoh dalam bilangan tahun.
PV = nilai kini,
r = kadar faedah, dan
n = tempoh dalam bilangan tahun.
Daripada contoh di atas, nilai masa depan dikira seperti berikut:
FV = RM100 x (1 + 0.08)2 = RM100 x 1.1664 = RM116.64.
Kita boleh juga menggunakan jadual faktor faedah nilai masa depan (FVIF) – lihat Jadual 1 dalam Lampiran, untuk mendapatkan nilai masa depan bagi satu jumlah kini. Formula untuk itu ialah:
FVn= PV x FVIF (r%, n)
Penunjuk,
Penunjuk,
FVn = nilai masa depan,
PV = nilai kini,
PV = nilai kini,
FVIF (r%, n) = faktor faedah nilai masa depan, untuk kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.
Daripada jadual FVIF, kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk FVIF (r%, n); dalam contoh yang diberikan, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.166.
Daripada jadual FVIF, kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk FVIF (r%, n); dalam contoh yang diberikan, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.166.
Dengan menggunakan faktor ini, kita mengira FV sebagai:
FV = 100 x 1.166 = RM116.60
FV = 100 x 1.166 = RM116.60
Langkah seterusnya ialah mencari bagaimana nilai masa depan pelaburan RM100 yang dibuat pada hari ini boleh ditingkatkan. Cara paling ketara ialah berupaya untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi, katakanlah 10% setahun dan bukannya 8%.
- Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 8% untuk dua tahun: RM116.64
- Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 10% untuk dua tahun: RM121
Walau bagaimanapun, kita juga boleh mendapat pulangan yang tinggi jika faedahnya terkompaun lebih kerap daripada hanya sekali setahun (yang lazimnya dilakukan oleh institusi kewangan). Melalui perolehan faedah yang dibayar dua kali setahun (setiap separuh tahun) atau tiga kali setahun (setiap suku tahun), nilai masa depan RM100 yang dimiliki itu akan meningkat lebih tinggi.
Dengan kadar faedah 8% untuk dua tahun, nilai masa depan RM100 ialah RM116.64 (di mana faedah dikompaunkan setiap tahun) – nilai masa depan RM100 pada akhir tempoh yang sama, adalah sebanyak RM116.99 (jika pengkompaunan dibuat dua kali setahun) dan RM117.17 (jika pengkompaunan dibuat setiap suku tahun).
| ||||||||||||||||
Satu cara lagi bagaimana nilai masa depan wang RM100 boleh ditingkatkan ialah dengan menyimpan wang itu di bank bagi satu tempoh yang lebih lama (iaitu dengan melanjutkan tempoh, n dalam pengiraan ini). Contohnya, RM100 yang dikompaunkan pada kadar yang sama iaitu 8% tetapi untuk satu tempoh yang lebih panjang, akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi – untuk tempoh empat tahun, nilai masa depan ialah RM136, manakala bagi tempoh enam tahun, nilai masa depannya ialah RM158.70.
| ||||||||
Perkaitan nilai masa depan (iaitu nilai pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut.

Daripada carta di atas, kita dapat melihat yang berikut:
- Nilai masa depan RM100 meningkat mengikut masa, selari dengan peningkatan kadar faedah.
- Pada kadar faedah yang sama (katakan, pada kadar 5%) nilai masa depan RM100 meningkat sambil tempoh masa juga meningkat.
Sumber :-SIDC






0 comments:
Post a Comment